Assalamualaikum warahmatullah
Selamat Sejahtera
Semenjak dua menjak ni kan, tekak kita terasa gatal-gatal daun keladi mengidam betul nak makan kerabu ikan bilis dengan kacang panjang. Justeru harini, daku telah merealisasikan impian nafsu makan ku yang bermaharajalela ini. Jom kita ushar apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kerabu Ikan Bilis Kacang Panjang mengikut tekak daku :) .. hehe ~Semudah bermain teng teng sahaja tau~
....
(hidangan 4 org)
Bahan-Bahan A
- Belacan sebesar 2 ibu jari
- 2 biji lada merah
- Secubit asam jawa (kalau tak pakai tomato)
- Setengah cawan air limau kasturi / limau nipis ikut kesesuaian memasing
- Garam dan Gula secukup rasa
Bahan-Bahan B
- Setengah mangkuk Ikan Bilis
- Segenggam kacang panjang
- 2 Biji bawang besar
- 2 kuntum bunga kantan
- 4-5 biji cili api
....
Bahan-bahan A : Masukkan belacan dan lada merah ke dalam lesung batu yang ada di dapur dengan cermat, dan mulakan hayunan menumbuk bahan-bahan ini dengan sopan sehingga lumat. Kemudian, masukkan secubit asam jawa, setengah cawan limau kasturi ke dalam bahan yang telah ditumbuk tadi. Campur sikit air suam dan gaul sebati sampai jadi macam sos =) Taburkan garam dan gula secukup rasa sampai rasanya menjadi marvellous
Bahan-bahan B : Hangatkan kuali yang dah dibubuh minyak, dan masukkan ikan bilis mata biru pulau pangkor ke dalam kuali panas. kehkehkeh. (siap mata biru kau. ikan bilis mata hijau, merah, oren, purple pun bolehhh.. hihii) bila dah goreng sampai garing, angkat dan letak dalam mangkuk . Then, kacang panjang, bawang besar, bunga kantan, cili api semua perlulah dihiris dan masukkan sekali dalam mangkuk ikan bilis garing tadi.
LASTLY, masukkan bahan-bahan A yang dah jadi sos ke dalam mangkuk bahan B. Gaul-gaul sebati dan SIAP. Fiuh... mudah bukan?... =)
Bolehlah dihidang dan dimakan dengan insan tersayang..hehee
Selamat mencuba ...
p/s: kalau ada tomato, boleh hiris dan campur sekali. lagi sedap.
Terima kasih kerana sudi menjamu mata di entry ini.
Selamat menjamu selera
^___^
Waaaahhh dah makin pandai memasak adik kita ni.bagus tu..senang esok bila dh kawen..mesti encik somi bahagia makan hasil tgn isteri tiap ari..rahsia kebahagiaan rumahtangga tu..:)
ReplyDeletewarna warni la.. fresh je..
ReplyDeletenampak sedap jek sis hafizah...t nak cubelah..hehe
ReplyDeletefiza.. sedap plak aku tgk masakan ko. hehe. aku ni xtau la bile reti pegang pisau.. huhu
ReplyDelete@sufeenan : insyaallah sis :)
ReplyDelete@hnahdy : warna warni and seimbang ikut rasa :)
@pink tulip : memang sedap tau.. cubelah... hehe... selamat mencuba :)
@ainey mell : hehheee... alahh boleh punye ainey.. cube sikit2 lama2 nanti ok la tu =)
Salam..cair ailiuq tgok krabu ni btw nak tanya bunga lawang tu bukan yg keras tu ke... atau sbenarnya bunga kantan.. :)
ReplyDeleteanon : iyee bunga kantan...hahaaa.. tersilap taip kot time tu... btw, dh betulkan.. tq dear ::) slmt mncube :)
ReplyDelete