p

10 November 2010

~Tips - Sebenarnya Dia Tak Suka Anda~


Kat sini saya nak senaraikan sikit tanda2 someone tak suka anda selepas Date/Perjumpaan pertama antara anda dengan si dia...Tak kisahlah mungkin untuk pasangan kekasih atau sekadar teman biasa...

Mungkin tips2 kat bawah ni ada kebenarannya..
almaklum tips ni disenaraikan oleh orang2 yang berpengalaman dan satu kajian kes telah dibuat untuk mendapatkan hasilnya...bahahaha

1) Masa date pertama korang dengan dia, dia lebih banyak pandang jejaka/awek lain daripada anda..Mata dia asik berkeliaran je pandang makhluk yg lebih hensem/cun dari anda...

2) Masa perjumpaan pertama tu, si dia tidak suka nak bercerita pasal diri sendiri secara jujur dengan anda...

3) Sebelum berjumpa, si dia asyik calling dan mesej anda. Tapi lepas berjumpa, nak mesej seminggu sekali pun payah apatah lagi nak call. Maknanya after jumpa je, dia dah tak macam sebelum first date, dah takde calling2 atau mesej2...Maka anda boleh angkat kaki dan katakan gudbye kat dia..



4) After first date , dia mulala bagi banyak alasan, "I busy la"..."I ada banyak kerja"..tapi bila korang usha2 rutin dia, boleh pulak dia pergi bergumbira2 dengan kawan2 dia...Maka kemungkinan besar, dia dah tak minat kat korang sepertimana sebelum perjumpaan pertama tu..so better jangan letakkan harapan tinggi kat dia untuk terus berkawan dengan anda...

5) Kalau sebelum date, anda bagi mesej pendek2 tapi dia balas panjang gilerr..tapi lepas first date, anda bagi mesej panjang, dia balas pendek gilerr..so korang bolehla angkat kaki sepak dia dulu sebelum tinggalkan dia..hahaa..jangan kata saya yg ajar pulak...

6) Lepas first date anda dengan dia, dia takde lagi nak ajak anda date / jumpa buat kali keDUA..ohoho..memang benarla dia tak suka anda....so, buang je la nombor telefon dia dari hidup anda...haaha..senang cerita tak payah pening2 kan??


~sekadar tips sengal~

~ape2pun, jom kite menjalinkan ukhuwah dengan ikhlas~





.




06 November 2010

~Khasiat epal mampu elak mengantuk~

Entry ni ditaip time saya tengah mengantuk...
maklumla baru lepas makan nasi minyak kat rumah orang sebelah ni....
bile mata dah kuyu, ramai orang akan mengambil kopi untuk elak mengantok kan...
yer! kopi dapat elak dari mengantuk tapi jangan lupa, kopi adalah minuman berkafein...
so, it will effect pesakit2 jantung/darah tinggi...

one way untuk elakkan mengantuk dengan cara yang sihat adalah dengan memakan sebiji epal...
kenapa?..tak percaya?..korang cubalah kalau tak percaya... :)
saya sendiri selalu amalkan makan epal sebelum stadi tengah pagi(stay up) masa zaman stadi dulu....
alhamdulillah, memang awesome...

tapi bagi mereka yang ada insomnia, jangan la makan epal sebelum tido ok!

xxx

Kenapa ye epal merupakan snek yang mampu jadi booster kepada minda?..



Jom kita usha kandungan vitamin dan mineral epal  :

KARBOHIDRAT
Karbohidrat merupakan salah satu penyumbang energy atau tenaga yang paling murah, kerana pada umumnya sumber karbohidrat ini berasal dari tumbuh-tumbuhan (beras, jagung, singkong, dan sebagainya) yang merupakan makanan pokok.

LEMAK
 Fungsi lemak adalah :
- menghasilkan kalori terbesar dalam tubuh manusia (1 gram lemak  menghasilkan 9,3 kalori).
- sebagai pelarut vitamin A,D,E,K.
- sebagai pelindung terhadap bahagian tertentu tubuh

PROTIEN
Fungsi protein bagi tubuh antara lain :
- membangun sel-sel yang rosak.
- membentuk zat-zat pengatur seperti enzim dan hormon.
- membentuk zat inti energi (1 gram protein kira-kira menghasilkan 4,1 kalori).

VITAMIN B1 - TIAMINA
Fungsi : Mencegah penyakit beri-beri, membantu pelepasan energi dari makanan, mempertahankan kesihatan saraf.

VITAMIN B2 - RIBOVLAVIN
Fungsi : Membantu pelepasan energi dari makanan, mempertahankan kesihatan kulit dan rambut.

VITAMIN B3 - NIASIN
Fungsi : Mencegah penyakit pellagra (kulit kasar bersisik), membantu melepaskan energi dari makanan, mempertahankan kesihatan sistem saraf, mempertahankan kesihatan rambut.

VITAMIN B5 - ASID PANTOTENIK
Fungsi : Mencegah mati rasa pada jari-jari, membantu melepaskan energi dari makanan, mempertahankan kesihatan jaringan dan rambut.

VITAMIN B6 - PYRIDOXIN
Fungsi : Mencegah kekeringan pada hujung bibir, membantu melepaskan energi dari makanan. membantu pembentukan sel darah merah, mempertahankan kesihatan sistem saraf.

VITAMIN B9 - ASID FOLIK
Fungsi:
- Menstabilkan mood.
- Mengurangi depresi.
- Memperbaiki jam biologis dengan mengatur selera makan

VITAMIN C
Fungsi : Meningkatkan daya tahan tubuh, berfungsi sebagai anti oksidan yang melindungi tubuh dari serangan radikal bebas akibat polusi dan asap rokok, membantu penyembuhan luka, membantu peyerapan zat besi dan kalsium, mempertahankan kesihatan kulit.

FERUM
Membina otot & tubuh yang sihat.

FOSFORUS
Pembentukan tulang, gigi, meningkatkan fungsi otot .

KALIUM
Pembentukan tulang, meningkatkan fungsi saraf dan otot .

KALSIUM & MAGNESIUM
Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerak balas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium dan magnesium ialah mencegah penyakit osteoporasis dan mengawal tekanan darah.

ZINK
Merangsang ketinggian dan tumbesaran kanak-kanak.

TANIN
Buah apel juga memiliki kandungan tanin. Tanin adalah zat yang berfungsi membersihkan dan menyegarkan mulut, sehingga dapat mencegah kerusakan gigi dan penyakit gusi.

BARON
Di dalam buah apel terdapat baron. Apakah baron itu? Baron berfungsi mempertahankan jumlah estrogen dalam tubuh seorang wanita.

FLAVOID
Salah satu kandungan buah apel yang baik untuk menjegah penyakit adalah flavoid. Flavoid merupakan zat yang berfungsi menurunkan risiko kanser.

ASAM D-GLUCARIC
Asam D-glucaric yang terkandung di dalam epal merupakan zat yang dapat menurunkan kadar kolesterol.

QUERCETIN
Quercetin merupakan zat yang diperlukan untuk meningkatkan kadar antioksidan sehingga tubuh terasa lebih sihat dan mencegah berbagai penyakit. Buah apel mengandung zat quercetin.

ASAM TARTAR
Di dalam sebuah apel juga terdapat asam tartar. Asam tartar dapat menyihatkan saluran pencernaan, karena zat ini mampu membunuh bakteria yang terdapat dalam saluran pencernaan.


Nah!! banyakkan kandungan mineral dalam epal?..pas baca ni korang sendiri dapat tahu, banyak lagi kebaikan yang boleh didapati selain elakkan mengantuk jika kita amalkan makan epal...

moh ler kita!! satu hari sebiji epal, atau atleast seminggu tiga biji epal....







02 November 2010

~STRESS??-Tips Mengatasi Stress~


Stress adalah perkara NORMAL dalam hidup seseorang. Siapa yang tak pernah mengalami stress?.
Mungkin mereka yang tidak pernah stress adalah mereka yang tidak normal berbanding manusia yang pernah mengalami stress. Menurut perumpamaan Stress yg skema :

" Stress adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar (contoh: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasa-ngan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (contoh: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stress seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik."

Kita perlu tahu bagaimana cara untuk mengatasi stress secara sihat agar stress tidak membebankan hidup kita :


1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.



2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.



3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar acting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media alurkan stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres. Tapi bukan jenis muzik yg lagi menyebabkan gelombang otak bertambah stress. Pilihlah muzik yang berirama lembut.



4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda. Tetapi ketawalah berpada2.


5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimia tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

 

6. Mengamalkan ajaran agama masing-masing

Seperti sedia maklum, sembahyang dengan khusyuk dan tawadhuk dapat menenangkan diri. Bagi yang beragama Islam, selepas sembahyang, amalkan juga zikir-zikir dan bacaan ayat suci Al-Quran. Kerana dengan mengingati Allah, jiwa akan tenang. 



7. Mengamalkan gaya hidup yang sihat.
- Elakkan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak bermoral.
- Sentiasa ada  masa beriadah dan bersukan
- Memakan makanan yang sihat dan elakkan pengambilan makanan ringan seperti jeruk dan air gas




8. Redha dan bersyukur dengan ketentuan serta pemberian Tuhan
Sebelum redha semata-mata, semestinya kita perlu berusaha, namun jika apa yang diusahakan itu tidak mencapai target, maka di sinilah konsep REDHA diperlukan. REDHA dengan ketentuan yg ditetapkan TUHAN. Orang yang tidak redha juga akan jadi orang yang tidak bersyukur. Orang yang tidak bersyukur pula akan mudah putus asa dan tidak dapat mengawal STRESS lalu melakukan aktiviti2 yang berbahaya (contoh : minum arak berlebihan, cubaan bunuh diri, mencederakan diri sendiri dan orang lain). Oleh itu REDHA dan SYUKUR pnting untuk seimbangkan emosi, fizikal, rohani dan jasmani.














THE HITZ