p

30 August 2013

Resepi : Ayam Masak Black Pepper (Lada Hitam) dan Lobak Masin Goreng Telur

Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera

Mood raya lagi ke uols?... Hehe. Kita sudah busy dengan kerja. Huwaaaa~ kerja kerja kerja lalalala. Tapi dalam kebizian berkerja pun, jangan dilupa untuk sediakan hidangan hasil air tangan sendiri kepada suami dan anak-anak. Ecececehh, macam dah ada anak pulok. Entry harini tentang resepi lagi ke?

Owyea. Mood i harini nak berkongsi resepi dengan kengkawan yang jelita lagi menawan di luar sinun. Ada dua resepi i buat harini (sementara menunggu encik suami yang dalam perjalanan dari Kemaman ke Selangor). Resepi pertama tu, mesti awak semua pernah dengar kan?. Resepi kedua sahaja iols rasa mungkin agak janggal bagi awak semua. Its ok its alright, kemon girls please read and try it at home :)

Ayam Masak Lada Hitam (Black Pepper)

Bahan-bahan yang diperlukan (2 orang makan) :

6 ketul ayam 
Serbuk kunyit

1 labu bawang besar -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
Setengah inci halia -dihiris
3 biji tomato ceri (kecik-kecik tu) -dibelah dua
4 batang cili padi -dihiris dua
Daun bawang - dipotong
2 sudu sos black pepper (apa-apa jenama pon boleh, i used Life brand)
Setengah paket perencah black pepper (apa-apa jenama pon boleh, i used Maggi brand)
Garam dan Gula jangan dilupa



Cara-cara Penyediaan

Memula, sila perapkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. 
Panaskan kuali dengan minyak panas dan goreng ayam tadi. Jangan goreng sampai kering ye. 
Ketepikan ayam.
Now, panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris.
Gaul hingga naik bau, then, masukkan Setengah paket perencah lada hitam.
Tambah sedikit air (ikut kepekatan atau berapa banyak kuah yang uols nak)
Tambahkan juga 2 sudu sos black pepper.
Then masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
Masukkan tomato, cili padi, dan lastly masukkan daun bawang.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Siappppp :)



Resepi kedua ialah - Lobak Masin Goreng Telur

Ahaks, pelik nau bunyi nama resepi ni yer. Ekceli, daku taktahu nak buh nama apa. Ada yang gelarnya "Chap Chai" , tapi nanti uols taktahu pula apekeghupernya "Chap Chai" itew kan. Eheks.

Jangan taktahu, lobak masin pun sodap untuk dijadikan lauk makan dengan nasi tau. Inilah yang daku nak kongsikan dengan uols.

Lobak masin yang belum dicincang halus

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

-1) 1 biji Kentang dipotong dadu kecil2, -2) 2 biji telur, -3) cili padi dihiris
4) 1 labu bawang besar dihiris, -5) 2 ulas bawang putih dihiris, -6) Lobak masin direndam 20 minit dulu, bagi buang sikit masinnya. (kalau nak guna lobak manis pon boleh) , 7) Garam dan Gula secukup rasa



Cara-cara penyediaan :
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan bawang merah dan putih. Gaul hingga naik bau.
3. Masukkan kentang yang dah dipotong dadu tadi. Gaul-gaul bagi layu sikit.
4. Masukkan Lobak masin dan cili padi.
5. Masukkan gula secukup rasa (kalau guna lobak manis, masukkan garam lah...)
6. Pecahkan telur dalam kuali di tengah-tengah lobak masin dan kentang tadi. Gaul Telur jadi cam telur hancur yang akan sebati dengan lobak masin, kentang dan cili padi.
7. Rasa... kalau tak cukup manis ke, masin ke, tambahlah lagi garam or gula secukup rasa.
8. Matikan api. Sedia dihidang.

Sedaappp tau.. cubelah. Tak rugi mencuba :)




Itu sahaja setakat harini. Daaaaa

 I'm quite busy rite now darls..

See ya...

Wassalam :)



06 August 2013

Selamat Tinggal Ramadhan. Selamat Datang Syawal.

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..


Aku lihat RAMADHAN dari kejauhan....


Lalu ku sapa ia,"Hendak kemana?"

Dengan lembut ia berkata, "Aku harus pergi, mungkin jauh & sangat lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang bernama MUKMIN"...

Syawal akan tiba sebentar lagi, ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya..

Peluklah ISTIQOMAH saat dia kelelahan dalam perjalanan TAQWA, bersandarlah pada TAWADHU saat kesombongan menyerang, mintalah nasihat AL-QURAN & SUNNAH pada setiap masalah yang dihadapinya...

Sampaikan pula salam & terima kasih untuknya kerana telah menyambutku dengan sukacita.

Kelak akan ku sambut di SYURGA dari pintu AR-RAYAN....

"Selamat meraih pahala terbaik di detik-detik terakhir Ramadhan"

Masih ada sisa hari untuk bercengkerama dengan Ramadhan...

Selamat menggapai LailatulQadr....

Semoga kita terpilih oleh-Nya... Ameenn...



~~~

Pesanan dari Prof Dr Muhaya pula ;

Cadangan supaya sebelum menyambut hari raya kita semua membuat resolusi diri 

sendiri dari sudut akidah, ibadah dan akhlak kita. Jika tidak ada perubahan diri 

selepas ramadhan ini menjadi lebih baik dan tidak di buang tabiat buruk alangkah 

ruginya. Semoga kita beriman pada Allah beriman pada ramadhan. Sama kita audit 

diri terutama yang menaip ini. 




22.Surah Al-Ĥaj (Verse 77)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ۩


Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan 



sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan 


mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu 


berjaya (di dunia dan di akhirat).


~~~



Tahun ini adalah tahun pertamaku menyambut Syawal sebagai seorang isteri. Tahun pertama juga daku menyambut Aidilfitri di rumah mertua, bermakna tahun pertama juga daku tidak menemani mama dan ayah bersolat sunat Aidilfitri di masjid. Lumrah kehidupan selepas berkahwin, memang macamnila. ;)
Bagaimana dengan rakan-rakan pula?... Tahun ni, anda semua beraya di mana?. Kepada yang telah berkahwin, jangan gado-gado ye. hihi. Kena ikut turn lah yer, kalau tahun lepas sudah di rumah keluarga suami, tahun ini pula bagi chance di rumah keluarga isteri. Kecuali, jika ada tanggungjawab lain sebagai contoh, suami perlu menjadi Imam Solat Sunat Aidilfitri di kampungnya (contoh dari Ustazah NorHafizah).

Di kesempatan ini, daku ingin menyusun 10 jari, memohon maaf andai ada kekhilafan dalam bersahabat baik di alam maya mahupun di alam nyata. Selamat Hari Raya Aidilfitri kuucapkan kepada semua teman. Moga kita dapat menyambut Syawal dengan penuh kesyukuran dan tawadhuk =)


ps:/ Lagi beberapa minit sebelum kami bergerak pulang ke kampung halaman suami. Doakan kami selamat sampai ye......


Assalamualaikum..

see ya



Resepi : Sambal Tumis Udang Petai Mangga Muda. The simple way.

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera..


Hey hey everybody. Holla. Nampak gayanya, harini kita akan main masak-masak lagi.. Kenapakah asyik cerita tentang makanan je ni?. FYI, pada suatu hari yang indah, eden tengok keyword from viewers blog eden ni haa, ada visitor yang masuk blog eden nak search tentang resepi sambal udang. Youalls lah tu kan. hehe.

Okies, demi merealisasikan impian visitors yang nak resepi sambal udang, maka dengan ini eden isytiharkan harini kita berperang dengan udang di dapor dan dalam blog ni ye. Kebetulan harini, kekandaku kempunan nak makan udang pula. Moga resepi ni dapat dirasa oleh uols juga, tapi guna air tangan uols sendirilah ye. muahaha.

Sambal tumis udang dicampur dengan petai dan mangga muda. Weeeeee... Suka suki kepala hotak daku je nak menggubah resepi jadi cenggini. Tapi percayalaaahh kasih, chewwah..percayalah, the taste of this sambal tumis udang petai mangga muda is the very the very delicious. Mammma mia. =)

Now what you need ? 



- 2 labu bawang merah bersaiz sederhana
- 3 ulas bawang putih
- 11-13 biji lada kering 
- udang yg segar (20 ekor) - saya tak buang kulitnya sebab taknak udang terlalu kecut nanti.
- sedikit belacan sebesar ibu jari

- 1 keping asam gelugor (Asam keping) -saiz kecil je sudah sebab mangga muda dah masam.
- Sebiji mangga muda dipotong ikut citarasa korang :)
- 2 papan petai
- Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara masakkannya :

1) Blenderkan bawang merah, bawang putih, lada kering, dan belacan.
2) Panaskan minyak.
3) Masukkan bahan-bahan yang telah diblender tadi.
4) Masukkan mangga muda
4) Biarkan dalam kuali panas hingga lada kering hampir garing / naik minyak
5) Masukkan udang, asam keping, dan petai
6) Masukkan sedikit air
7) Masukkan garam dan gula secukup rasa hingga rasanya sebati
8) Siap.




Dah siap dah sambal tumis udang petai mangga muda. Lihatlah sambal tumisku. Mangga muda yang berwarna coklat-coklat hijo tu, petainya berwarna hijo terang menyala tu ha, udang pula warnanya oren. Motif daku bagitahu engkorang warna warna ni apa? Aku pon taktau. ahaks. ;)

Bolehlah kita letak sambal tumis ni dalam mangkuk tingkat dan mari berpicnic menikmati juadah berbuka puasa di tepi sungai. hehe. Jom follow weols.


Assalamualaikum 

see ya.



THE HITZ