p
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

26 March 2013

Formula Menuju Bahagia : La Tahzan

Assalamualaikum
Salam Sejahtera :)

Dear bloggers and readers..
How are you?
Hope all is well... 
SMILE (^___^)

Nggak tahu apa lagi mahu ku buat di saat ini. waduhhh. Mop lantai sudah. Basuh kain dan sidai kain pun sudah. Menyapu sampah sudah. Memasak sudah. Membasuh pinggan juga sudah. Apa lagi harus ku buat saat menunggu husband ku pulang dari kerja.? (kengkonon rajin leh tew. kekekekeh. ok serius!! ini entri serius lhaa)

Ku belek-belek almari husband ku dan tiba-tiba.... tadaaaa (terkezzut nyah). Daku terjumpa satu bahan bacaan yang sangat menarik. Its a motivational book written by Dr Aidh Abdullah Al Qarni. Buku ni aku dah beli masa zaman belajar di UPM dolu-dolu lagi. Tapiii biasalah masa zaman belajar kan, buku nak exam sahaja daku baca banyak kali..muahaha. Buku-buku motivasi ni aku baca juga tapi skip-skip page. Kalau baca full pun aku tak ulang semula bacaan aku. so sad *Jangan tiru kemalasan aku di zaman stadi dolu hoho*

Ghuper-ghupernya, husband terchenta daku pun ada citarasa yang sama macam daku. Beliau ada juga buku 'La Tahzan'. Jadi kesimpulannya, aku ada sebuah, beliau ada sebuah buku 'La Tahzan' bila digabungkan menjadi dua buah (soo suweett... hehhhh) *love u lah my husband* SEJIWA lah katakan. ahakss.

Apa yang aku baca dalam buku ni wajarlah aku share kan kepada ngkorang semua ye dak. Apa salahnya sampai-sampaikan pesanan yang baik. Takkanlah asyik nak ceghita pasal makanan dan tempat honeymoon je .uhuksss :P

Kalau youall ada buku ni, sila buka mukasurat 148 ye adik-adik. Haaaa..okay, aku tahu dah youall malas nak buka, sebab itulah ahkak yang baik hati, nak share ilmu yang bermanfaat dalam entry kali ini. hehe. Please read and sebarkan kalau rajin. :)



La Tahzan = Jangan berdukacita. Bacalah Kaedah-Kaedah Menuju Bahagia
  1. Insafilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam sempadan hari ini sahaja maka akan terpecahlah fikiran anda, akan kacau semua urusan, dan semakin bertambah kesedihan dan kebimbangan diri anda. Inilah makna sabda baginda SAW " Jika pagi tiba, janganlah menunngu petang, dan jika petang tiba, janganlah menunggu waktu pagi."
  2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah berlaku sebab perhatian yang terpaku pada yang sudah lalu merupakan kebodohan dan kegilaan
  3. Jangan terlalu menyibukkan diri dengan masa hadapan sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.
  4. Jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian, dan insafilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda.
  5. Beriman kepada Allah dan beramal soleh adalah hidup yang baik dan bahagia
  6. Sesiapa mengkehendaki ketenangan, kedamaian dan kesenangan, maka dia perlu berzikir kepada Allah.
  7. Hamba perlu menyedari bahawa setiap sesuatu adalah berdasarkan ketentuan qadha dan qadar
  8. Jangan menunggu terima kasih dari orang lain
  9. Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk
  10. Kemungkinan, sesuatu yang berlaku itu ada baiknya bagi diri anda.
  11. Semua qadha bagi seorang Islam baik adanya
  12. Berfikirlah tentang NIKMAT, lalu bersyukurlah
  13. Anda dengan semua yang ada pada diri anda sudah lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain
  14. Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada JALAN KELUAR
  15. Dengan musibah hati, akan tergerak diri anda untuk berdoa
  16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati
  17. Sesungguhnya selepas kesusahan itu akan ada kemudahan
  18. Jangan sekali-kali gagal hanya kerana perkara yang tidak mustahak
  19. Sesungguhnya Tuhan Maha Luas ampunannya
  20. Jangan marah, jangan marah, jangan marah
  21. Hidup ini tidak lebih dari sekadar roti, air dan bayangan. Maka tidak perlulah bersedih hati jika semua itu ada.
  22. "Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan terdapat juga apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu" -surah Az-Zariyat :22-
  23. Kebanyakan daripada apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.
  24. Ada teladan pada orang-orang yang ditimpa musibah
  25. Sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia akan memberi cubaan kepada mereka.
  26. Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana
  27. Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya, dan tinggalkanlah kekosongan dan pengangguran(tak buat apa2)
  28. Tinggalkanlah semua desas-desus dan jangan percaya kepada khabar angin
  29. Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar bahaya yang akan menimpa pihak lawan.
  30. Semua musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa.
Mengapa Masih Berdukacita Sedang Kita Ada 6 Formula
  • Percaya SEPENUHNYA kepada Allah
  • Sedarlah bahawa semua yang Allah takdirkan akan berlaku
  • Sabar adalah senjata yang peling berkesan yang digunapakai oleh orang-orang yang mendapat ujian
  • Jika kita tidak sabar, apa lagi yang boleh kita lakukan? Kita tidak akan tertolong hanya dengan perasaan resah
  • Mungkin sahaja kita akan berada dalam keadaan lebih buruk daripada keadaan kita sekarang ini
  • Dari semasa ke semasa, jalan keluar akan terus terbuka.

Ujian itu tidak ubah seperti penyakit, apabila tiba masanya nanti pasti akan sembuh. Sesiapa terburu-buru untuk membuangnya maka keadaan tubuhnya makin lemah dan semakin parah. 

Begitu pulalah dengan musibah dan ujian, apabila tiba masanya nanti akan hilang bersama bekas-bekasnya. Sebab itu kewajipan orang yang mendapat ujian adalah bersabar, menunggu datangnya jalan keluar (di saat tiada lagi jalan lain yakni buntu) dan sentiasa BERUSAHA dengan DOA dan TAWAKAL.

Sekadar perkongsian ilmu untuk hari ini....

La Tahzan ya kepada kengkawan yang sedang ditimpa ujian~

Fa Inna Ma'al 'Usri yusra, Inna Ma'al 'Usri Yusra.........

Wassalam


25 March 2013

Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Hey uols. lamanya kita tak update blog ni. Guess what. Sekarang sudah tiba musim cuti sekolah. Time cecuti ginilah baru boleh kita update blog. Ini kali lah. haha

Ouhhh, nak tahu tak, minggu terakhir sebelum cuti haritu dah puas daku mengerah segala tenaga yang ada untuk menyelesaikan segala kerja agar daku dapat berehat dengan sepenuh hati. muahaha. Bayangkanlah, sebelum cuti haritu dan selepas cuti ni nanti, tenaga harus digunakan setiap kali hari Sabtu. yabedabeduuu. Sukanya aku sebab boleh berehat hari Ahad sahaja (phewww). Jadi wajiblah daku menghabiskan waktu cuti dengan mengabaikan hal kerja seketika. ~ehemmm~ 

Untuk entry hari ni, seperti tajuk di atas nun, daku ingin share something yang bermanfaat dan memberi ilmu kepada kita semua. Baik yang belum kahwin ataupun yang sudah berkahwin. 

Ingin daku ingatkan perkongsian ini tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati okey darls. Ia hanya sekadar ILMU yang daku suka nak share. I get it from Facebook.




Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri

1) Jangan puji orang luar, jiran tetangga, saudara mara secara berlebihan
Bab yang ni kena jaga-jaga. Be sensitive terhadap perasaan pasangan anda. Anda pun tak suka jika dia memuji orang lain secara berlebihan kan. Jadi jangan lakukan perkara ini kerana ia memang boleh buat pasangan anda makan dalam walaupun mulutnya tersenyum...Lebih baik gunakan kesempatan yang ada untuk memuji pasangan sendiri kerana pujian dari pasangan yang halal bukan sahaja menambahkan bahagia dan mesra rumahtangga malah mendapat ganjaran pahala dari Allah swt..insyaallah :)

2) Hindar meninggikan suara/menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada yang rendah agar tidak mengguriskan hati
Kelihatan si dia seorang yang ayu lagi sopan, tetapi bila tak puas hati dengan pasangan, hilang segala kesopanan dan kesusilaan. Ibarat harimau di hutan disusukan, ikan dalam akuarium rumah mati kelaparan. Aahahaa. (Tiba-tiba feeling feeling peribahasa Karam Singh pula). Elakkan berkasar dengan pasangan anda baik suami mahupun isteri. Bak peringatan dari Ustazah Nor Hafizah Musa
-hadith Rasulullah saw yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Hakim dan al-Tirmidzi.
"JIka ALLAH menginginkan kebaikan kepada penghuni satu rumah, maka DIA akan memasukkan ke dlm rumah tersebut kelembutan".
Justeru, mari kita menilai suasana dlm rumah yg kita diami. Bagaimana akhlak suami isteri, ibu bapa dan anak2, sesama adik beradik, dengan pembantu dan sebagainya. Kelembutan itu lebih dekat dgn kecintaan Allah. Wallahua'lam.-

3) Usah lontarkan kritikan pedas yang mengguris perasaan pasangan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangan pasangan.
Jauhkanlah dari mulut laser sebab lidah ni adalah salah satu faktor terjerumusnya seseorang ke neraka. Kadang-kadang kita tak sedar, hanya dengan sepotong ayat mampu membuat orang terluka sepanjang hayat. Bagaimana jika hanya sepotong ayat kita itu, suami kita tak ampunkan dosa kita? Bagaimana jika hanya dengan sepotong ayat itu isteri kita tak maafkan kita?.

4) Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat di dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama di dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. 
Kejujuran adalah asas kunci kepada kebahagiaan pasangan berumah tangga. Kenapa perlu berbohong jika tidak buat salah? Orang yang banyak melakukan kesalahan sahaja yang suka berbohong kerana ingin menyembunyikan perbuatan salahnya itu. Justeru marilah wahai semua pasangan suami isteri, berkata benarlah dengan pasangan anda insyaallah hidup bertambah berkat dan rahmat :)

5) Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab munasabah. Elak juga dari berjauhan dengan isteri walau isteri sedang haid.
Erk~ wujudkah suami yang tinggalkan isteri tanpa alasan munasabah ni? ouhhh  bahaya sungguh. Boleh mewujudkan fitnah dan boleh mendorong isteri ke arah kemaksiatan jika punya suami yang tinggalkan isteri tanpa alasan munasabah. Bab haid pula, teringat kata-kata seorang ustaz sewaktu daku mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di Bangsar tahun lepas. -Jika isteri dalam keadaan haid pula, buatlah apa cara sekalipun untuk bermesra janji tidak menyentuh bahagian yang keluar darah haid itu. Lagi banyak berpelukan dan bersentuhan, insyaallah lagi banyak rahmat dan kasih sayang Allah limpahkan dalam kehidupan berumahtangga suami isteri-

6) Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah dan betul sepanjang masa.
Setiap orang ada EGO tersendiri. Namun dalam kehidupan berumah tangga, pasangan suami isteri kenalah juga tundukkan ego masing-masing dan jangan hanya mencari kesalahan pasangan. Kena akui dan berpijak di bumi yang nyata, bahawa pasangan kita itu juga adalah seorang manusia yang tak lepas dari dosa. Ringankan mulut dengan ungkapan maaf. Tetapi jangalah pula, lepas dah minta maaf, asyik buat lagi, lepas minta maaf, asyik buat lagi. Sampai ke tua pun tak berubah nanti. ahaakss :P

sumber artikel : 'Keharmonian Rumahtangga dan Keluarga Muslim' dan diolah serba sedikit oleh Misses Hafriz 


Amacam tips rumahtangga kita hari ini?. Daku tiba-tiba mahu fefeeling ingin menjadi motivator seperti Ustazah Siti Nor Bahyah pula. eheemm.. insyaallah insyaallah :)

Semoga segala perkongsianku dapat dijadikan iktibar untuk semua.

Love u olss lah :)

TQ for reading my entry yang serba skema ini :')

see ya.




24 November 2012

Cinta : Jodoh Pertemuan Ketentuan Allah

Assalamualaikum warahmatullah
Selamat sejahtera


"Cikgu, saya risau la, saya takde girlfriend lagi. Member-meber semua sudah berpacaran. Saya ni tak laku ke cikgu?"
Kata seorang anak murid kepada gurunya.

"Cikgu, kawan saya ni ada masalah besar. Dia ni terlalu pemalu dengan lelaki sampaikan tak ada boyfriend. Tak gang lah kalau tak ada boyfriend"
Kata seorang anak murid kepada gurunya.

***

"Eh, sepupu awak dah naik pelamin, awak bila lagi?"
Kata seorang makcik kepada anak buahnya.

"Dah ada pakwe ke belum?"
Kata seorang kawan kepada kawannya.

***

Hye kawan-kawan!. Dalam masa yang sibuk nak buat persiapan ni pun, kitew masih lagi sempat nak berblog kan. Nak buat camne, jari tengah laju nak menaip. 15 minit sahaja daripada 24 jam. haha.  Hari ini kepala kita asik terfikir nak buat satu entry pasal benda ni....Cinta dan .Jodoh. layanss

Mesti uols pernah kena situasi seperti di atas kan? Gimme five. "Kita serupa… Kita serupa…Hadir ku untuk mengubat luka ..Kita serupa..Kita serupa". Hehhh, tiba-tiba menyanyi lagu kumpulan Headwind pulak. Memang perit telinga dan payau anak tekak sebab dah mual dengan soklan soklan sebegitu ghupe.  Ok. Itu cerita dulu. Kini, insyaallah..doakan kebahagiaan saya dan doakan urusan saya berjalan lancar ye awak-awak semua. =)

Adik-adik yang aku sayang sekalian, 
Soal cinta, nak ada boyfriend girlfriend ni, janganlah terlalu risau sangat. Jodoh pertemuan dan ajal maut semua di tangan Tuhan. Ahkak menasihatkan time sekolah ni, tak payahla terlalu berjiwang karat sangat nak bercinta. Lebih elok adik-adik fokuskan pada pelajaran. Cinta di waktu sekolah memang tak salah. Yang salahnya bila cinta remaja ni terbawa-bawa sampai hanyut dengan dunia syaithon nirrojim.. Sebab syaithon nirrojim memang selalu suka nak menyesatkan anak cucu adam especially yang muda remaja.  Ada faham ka? Kalau tak faham boleh miskol ahkak ye ^.^

Kawan-kawan yang daku kasihi sekalian, 
Jangan khuatir jika masih belum berjumpa jodohnya, Insyaallah, jodoh itu ada. Allah akan hantar insan yang benar-benar sesuai untuk kita di saat yang betul-betul sesuai. Bila tiba saatnya, tidak akan terlambat atau tercepat walau sesaat pun. Allah Maha Mengetahui. Yang penting, kita kena berusaha, berdoa, dan yakin dengan Allah. Biarlah orang nak kata hape pun. Allah kan ada. Siapalah mereka nak men-judge hidup uols and weols kan




Boleh amalkan Doa pendekat jodoh ini. Surah al anbiya ayat 89  : gambar ihsan google

Para pembaca yang daku kasihi sekalian,
Jika cinta itu tidak kesampaian, bangkitlah kembali berjalan menuju Illah. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..Pandanglah setiap yang berlaku dengan pandangan hati. Kita bukan sahaja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dapat merasa rahmat kurniaanNya juga.... 

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. 

Allah datangkan petir dan kilat.. 
kita menangis dan tertanya-tanya, 
kemana hilangnya sinar.. 
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Yakinlah dengan Yang  Maha Pencipta. Semoga Allah mempermudahkan urusan Jodoh dan kehidupan kita semua. amin.



-TQ kerana sudi singgah dan baca - ^.^


23 October 2010

~cinta, kejayaan, dan kekayaan~

Pada satu hari seorang wanita trnampak 3 org lelaki tua di hadapan rumahnya...
Dia berasa kasihan kepada mereka...
Setelah suaminya pulang dari kerja...

Wanita ini  mengajak mereka masuk ke dalam rumahnya untuk menjamu selera makan...

Kemudian, salah seorang dari mereka berkata...
"Kami tidak boleh masuk bersama-sama.."
Si isteri itu bertanya kenapa...

Mereka menjawab...
"Kerana saya adalah kejayaan, dia adalah kekayaan dan dia adalah cinta..
Oleh itu, kamu masuk ke dalam dan pilih siapa yang kamu mahu masuk ke dalam rumah kamu..."


Si isteri pun dengan seronoknya masuk ke dalam rumah dan memberitahu suaminya akan hal ini..
 Si suami dengan gembiranya berkata ingin mmbawa msuk kekayaan..
Si isteri pula ingin memilih kejayaan...
Ibu mereka yang mendengar dari jauh berkata, mereka sepatutnya memilih cinta..
Untuk memenuhkn rumh mereka dengan kasih sayang dan cinta...

Jadi si isteri pun menjemput cinta masuk ke dalam rumah...
Tiba-tiba, kejayaan dan kekayaan juga ikut msuk...
Si isteri terkejut lalu bertanya kenapa mereka juga ikut masuk...


Lalu, seorang dari mereka menjawab..
"Jika kamu memilih sama ada kejayaan atau kekayaan, yang dua lagi akan pergi..
Tapi.....bila kamu memilih cintakejayaan dan kekayaan..akan ikut"
 


Ini kerana di mana ada cinta, di situ ada kejayaan dan kekayaan..




THE HITZ