Assalamualaikum warahmatullah
Selamat sejahtera
"Cikgu, saya risau la, saya takde girlfriend lagi. Member-meber semua sudah berpacaran. Saya ni tak laku ke cikgu?"
Kata seorang anak murid kepada gurunya.
"Cikgu, kawan saya ni ada masalah besar. Dia ni terlalu pemalu dengan lelaki sampaikan tak ada boyfriend. Tak gang lah kalau tak ada boyfriend"
Kata seorang anak murid kepada gurunya.
***
"Eh, sepupu awak dah naik pelamin, awak bila lagi?"
Kata seorang makcik kepada anak buahnya.
"Dah ada pakwe ke belum?"
Kata seorang kawan kepada kawannya.
***
Hye kawan-kawan!. Dalam masa yang sibuk nak buat persiapan ni pun, kitew masih lagi sempat nak berblog kan. Nak buat camne, jari tengah laju nak menaip. 15 minit sahaja daripada 24 jam. haha. Hari ini kepala kita asik terfikir nak buat satu entry pasal benda ni....Cinta dan .Jodoh. layanss
Mesti uols pernah kena situasi seperti di atas kan? Gimme five. "Kita serupa… Kita serupa…Hadir ku untuk mengubat luka ..Kita serupa..Kita serupa". Hehhh, tiba-tiba menyanyi lagu kumpulan Headwind pulak. Memang perit telinga dan payau anak tekak sebab dah mual dengan soklan soklan sebegitu ghupe. Ok. Itu cerita dulu. Kini, insyaallah..doakan kebahagiaan saya dan doakan urusan saya berjalan lancar ye awak-awak semua. =)
Adik-adik yang aku sayang sekalian,
Soal cinta, nak ada boyfriend girlfriend ni, janganlah terlalu risau sangat. Jodoh pertemuan dan ajal maut semua di tangan Tuhan. Ahkak menasihatkan time sekolah ni, tak payahla terlalu berjiwang karat sangat nak bercinta. Lebih elok adik-adik fokuskan pada pelajaran. Cinta di waktu sekolah memang tak salah. Yang salahnya bila cinta remaja ni terbawa-bawa sampai hanyut dengan dunia syaithon nirrojim.. Sebab syaithon nirrojim memang selalu suka nak menyesatkan anak cucu adam especially yang muda remaja. Ada faham ka? Kalau tak faham boleh miskol ahkak ye ^.^
Kawan-kawan yang daku kasihi sekalian,
Jangan khuatir jika masih belum berjumpa jodohnya, Insyaallah, jodoh itu ada. Allah akan hantar insan yang benar-benar sesuai untuk kita di saat yang betul-betul sesuai. Bila tiba saatnya, tidak akan terlambat atau tercepat walau sesaat pun. Allah Maha Mengetahui. Yang penting, kita kena berusaha, berdoa, dan yakin dengan Allah. Biarlah orang nak kata hape pun. Allah kan ada. Siapalah mereka nak men-judge hidup uols and weols kan
Boleh amalkan Doa pendekat jodoh ini. Surah al anbiya ayat 89 : gambar ihsan google |
Para pembaca yang daku kasihi sekalian,
Jika cinta itu tidak kesampaian, bangkitlah kembali berjalan menuju Illah. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..Pandanglah setiap yang berlaku dengan pandangan hati. Kita bukan sahaja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dapat merasa rahmat kurniaanNya juga....
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Allah datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
Yakinlah dengan Yang Maha Pencipta. Semoga Allah mempermudahkan urusan Jodoh dan kehidupan kita semua. amin.
-TQ kerana sudi singgah dan baca - ^.^
betOlla. x pyh bercinta waktu sk00l. lau adew jdoh x kmane.....
ReplyDeleteyup..sampai masa insyallah dipertemukan jua, tak pyh risau,,masa sekolah tumpu betul2...tq singgah blog akak ya
ReplyDelete@ budak sekolah : yep dik.. :)
ReplyDelete@ whitecappucino : welkam :)
huhuhu~jnji usaha~kan wak
ReplyDelete@krole : ouh..itu dah semestinya... :) kene usaha tu wajib.. tapi bak kata ustaz azhar, haram kalau nak cinta2 pompuan tapi taknak kawen ngn die. :) dan yg paling penting, usehe tu tak boleyla melampaui batas agama :) heheeh peace~
ReplyDelete