p

09 April 2013

Pisang goreng panas sedap dimakan dengan....

Assalamualaikum gang..
Selamat sejahtera..

Tajuk mahu hot hot panas panas sahaja..

Pusinglah satu nusantara, youalls tidak akan berjumpa dengan pisang goreng panas dimakan bersama sambal kicap pedas manis masin kecuali di satu negeri ini. Hok aloh. Pening kepala bila nak cari orang jual pisang goreng, keledek goreng, tempe goreng yang dimakan bersama kicap. Kerana tabiat makan cicah kicap ini hanya boleh didapati di Johor sahaja. :)

Teringat pula daku dengan member sedorm dulu. Muka beliau amat panik bila terlihat aku cicah pisang goreng dengan sambal kicap. Hihi. Then muka aku pula curious gila bila dia kata yang kat tempat dia, pisang goreng ini dimakan bersama sos cili. Erghh. Sos maggi kah, sos kimball kah, sos life kah. Ermm janji sos cili katanya.

Kadang kadang buat aku terfikir, kenapalah kicap ni macam sedap sangat ye. Zaman kecik-kecik dulu pun rajin makan buah jambu air yang warna pink tu dengan kicap yang ditabur gula pasir banyaks-banyaks. Korang pernah rasa?...

Ouhh..dari ceghita pisang goreng ke kicap pula. ehem~ Sebenarnya aku buat entry ni pun sebab selama 3 tahun menetap di satu kawasan dalam selangor ni, baru petang tadi for the first time, aku terjumpa satu gerai yang jual pisang goreng, keledek goreng bagai dengan kicap pedas masin manis ini. Kebetulan mokcik yang jual tu berasal dari muor johor. Patutlah jual pesen gitu. Ahhhh..'HEAVEN' haha...

Jemput makan semua...

Bismillah dulu ye....



PS: CARA NAK BUAT SAMBAL KICAP PENCICAH NI..

blender je semua
 - lada merah atau cili padi (jumlah ikut kesukaan anda)
- 2 ulas bawang putih yang dah dibakar
- kicap masin atau manis atau kedua-duanya
- gula sedikit jika guna kicap masin. kalau guna kicap manis, tak payah bubuh gula
SIAP :)














THE HITZ