p

31 May 2013

Resepi : Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan & Peria Goreng Telur

Assalamualaikum wbt...
Salam sejahtera

Apakah masakan yang paling senang dimasak oleh uols? Bagi daku, masak lemak cili api negeri sembilan nilah yang paling senang dimasak. Insan yang baru nak belajar memasak pun boleh cuba masakan ni sebab amat mudah cara penyediannya.. ececehh.

Harini daku berkenan nak share resepi ayam masak lemak cili api negeri sembilan dan peria goreng telur. Daku bukan berasal dari nogoghi sombilan, hanya pernah menetap selama 3 bulan sahaja sewaktu zaman praktikal dulu, tapi yang daku tahu, orang nogoghi memang suka makan masak lomak kannn :)

Resepi ni aku dapat from my rakan sekerja (orang nogoghi) dan digabungkan dengan cara masakan mak kepada salah seorang rakan aku (oghang nogoghi juga). Kedua-duanya aku dapat sewaktu aku melepak-lepak di rumah mereka. kihkihkih, nampak nau aku rajin melepak rumah orang. (lepak sambil tolong memasak maaa)  (^_^)

Bahan-bahan yang anda perlukan untuk masak lemak cili api (untuk 6 ketul ayam)

  • Daging ayam yang siap dibasuh dan ditoskan
  • 15-20 biji cili api -ditumbuk lumat (jumlah cili ikut kesesuaian kepedasan yang anda minat)
  • 1 inci kunyit hidup -ditumbuk juga bersama cili api
  • 1 batang serai -dititik sahaja
  • 1 keping asam gelugor (asam ni sesuai if uols nak kuah lemak masam sikit. kalau taknak pun takde hal)
  • 1 helai daun kunyit dihiris
  • 1 kotak santan kara (malas nk perah santan. guna santan kara pon sodap)
  • Air 1 cawan
  • Garam


Cara-caranya :

Panaskan kuali dengan api yang paling kecil.
Masukkan ayam dalam kuali panas (tak perlu minyak). Tujuannya nak bagi air ayam tu keluar agar nanti kuah lemak tak rasa hanyir ayam tu.
Masukkan sekali cili api dan kunyit hidup yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan digaul bersama ayam.
Gaul dan panaskan sekejap je. then angkat jap ayam bersama cili dan serai tadi. ketepikan seketika.

ginilah rupa ayam yang digaul bersama cili padi, kunyit dan serai dalam kuali panas. kita kasi itu air ayam keluar jugaaa :)


Meanwhile, panaskan santan sahaja dalam periuk. Panaskan dengan api kecil hingga santan menggelegak.
Kemudian masukkan ayam yang telah digaul bersama cili api,kunyit dan serai tadi ke dalam santan atas api kecil tu.
Masukkan sedikit air ikut kesesuaian
Gaul-gaul-gaul-gaul. Jangan bagi santan pecah.
Masukkan asam keping (kalau nak rasa masam2. kalau tak masukkan pun still sedap)
Masukkan garam dan lastly masukkan daun kunyit yang dah dihiris tadi
Siap.

Siap!! kalau ngkorang nak kasi kuning lagi, boleh tambah serbuk kunyit sikit masa masak tadi ....


Next resepi ini juga merupakan resepi yang simple untuk dimasak.

Buah peria goreng telur.
Kita guna peria yang besar panjang tu ye, bukan peria katak. Peria katakyang pahit tu biasa kita buat ulam sahaja.

Now, what you need?

  • Peria dihiris - rendam dalam air garam lepas dihiris ye
  • Cili merah dihiris
  • Telur
  • 2 ulas Bawang Putih -dihiris
  • 1 biji Bawang merah sederhana besar -dihiris
  • Garam
  • Gula
Inilah bahan-bahannya. The peria kena rendam dalam air garam dulu ye bagi hilang kan rasa pahitnya
Cara-cara masakan :

Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan bawang putih dan bawang merah dalam kuali. Gaul hingga naik bau =)
Masukkan peria yang telah direndam dan ditoskan tadi.
Masukkan cili merah.
Then pecahkan telur dalam itu kuali. Tunggu jap bagi telur 'matang' sikit.
Then gaulkan telur jadi telur hancur, bermesra dengan peria tadi.
Garam dan gula secukup rasa jangan dilupai.
Okeyh. Siap untuk dimakan :)




Bismillah sebelum makan .

Selamat mencuba.

Tq for reading my entry ...

See ya.



THE HITZ