Stress adalah perkara NORMAL dalam hidup seseorang. Siapa yang tak pernah mengalami stress?.
Mungkin mereka yang tidak pernah stress adalah mereka yang tidak normal berbanding manusia yang pernah mengalami stress. Menurut perumpamaan Stress yg skema :
Kita perlu tahu bagaimana cara untuk mengatasi stress secara sihat agar stress tidak membebankan hidup kita :
1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.
2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.
3. Mengekspresikan diri secara artistik
4. Kerap ketawa
6. Mengamalkan ajaran agama masing-masing
Seperti sedia maklum, sembahyang dengan khusyuk dan tawadhuk dapat menenangkan diri. Bagi yang beragama Islam, selepas sembahyang, amalkan juga zikir-zikir dan bacaan ayat suci Al-Quran. Kerana dengan mengingati Allah, jiwa akan tenang.
7. Mengamalkan gaya hidup yang sihat.
- Sentiasa ada masa beriadah dan bersukan
- Memakan makanan yang sihat dan elakkan pengambilan makanan ringan seperti jeruk dan air gas
8. Redha dan bersyukur dengan ketentuan serta pemberian Tuhan
Sebelum redha semata-mata, semestinya kita perlu berusaha, namun jika apa yang diusahakan itu tidak mencapai target, maka di sinilah konsep REDHA diperlukan. REDHA dengan ketentuan yg ditetapkan TUHAN. Orang yang tidak redha juga akan jadi orang yang tidak bersyukur. Orang yang tidak bersyukur pula akan mudah putus asa dan tidak dapat mengawal STRESS lalu melakukan aktiviti2 yang berbahaya (contoh : minum arak berlebihan, cubaan bunuh diri, mencederakan diri sendiri dan orang lain). Oleh itu REDHA dan SYUKUR pnting untuk seimbangkan emosi, fizikal, rohani dan jasmani.