p
Showing posts with label tips mengatasi stress. Show all posts
Showing posts with label tips mengatasi stress. Show all posts

02 November 2010

~STRESS??-Tips Mengatasi Stress~


Stress adalah perkara NORMAL dalam hidup seseorang. Siapa yang tak pernah mengalami stress?.
Mungkin mereka yang tidak pernah stress adalah mereka yang tidak normal berbanding manusia yang pernah mengalami stress. Menurut perumpamaan Stress yg skema :

" Stress adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar (contoh: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasa-ngan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (contoh: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stress seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik."

Kita perlu tahu bagaimana cara untuk mengatasi stress secara sihat agar stress tidak membebankan hidup kita :


1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.



2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.



3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar acting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media alurkan stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres. Tapi bukan jenis muzik yg lagi menyebabkan gelombang otak bertambah stress. Pilihlah muzik yang berirama lembut.



4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda. Tetapi ketawalah berpada2.


5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimia tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

 

6. Mengamalkan ajaran agama masing-masing

Seperti sedia maklum, sembahyang dengan khusyuk dan tawadhuk dapat menenangkan diri. Bagi yang beragama Islam, selepas sembahyang, amalkan juga zikir-zikir dan bacaan ayat suci Al-Quran. Kerana dengan mengingati Allah, jiwa akan tenang. 



7. Mengamalkan gaya hidup yang sihat.
- Elakkan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak bermoral.
- Sentiasa ada  masa beriadah dan bersukan
- Memakan makanan yang sihat dan elakkan pengambilan makanan ringan seperti jeruk dan air gas




8. Redha dan bersyukur dengan ketentuan serta pemberian Tuhan
Sebelum redha semata-mata, semestinya kita perlu berusaha, namun jika apa yang diusahakan itu tidak mencapai target, maka di sinilah konsep REDHA diperlukan. REDHA dengan ketentuan yg ditetapkan TUHAN. Orang yang tidak redha juga akan jadi orang yang tidak bersyukur. Orang yang tidak bersyukur pula akan mudah putus asa dan tidak dapat mengawal STRESS lalu melakukan aktiviti2 yang berbahaya (contoh : minum arak berlebihan, cubaan bunuh diri, mencederakan diri sendiri dan orang lain). Oleh itu REDHA dan SYUKUR pnting untuk seimbangkan emosi, fizikal, rohani dan jasmani.














THE HITZ