p

28 December 2012

Resepi : KimCam Goreng Cili Padi

Assalamualaikum warahmatullah
Selamat sejahtera :)

Resepi lagik?..yeaayyy. FYI, my belog is not belog resepi semata. Dek kerana daku memang ber'cinta' dengan masak memasak jadi aku sukalah nak share dengan ngkorang semua pasal resepi, tapi bukanlah semua yang aku masak wajib nak masuk dalam ni yerr....hihi. Mana yang aku rasa aku nak share, aku bubuhla dalam belog kesayangan daku ini..kehkehkeh. Bolehla ngkorang cuba try test di dapur masakan masing-masing nanti. ~ peace y'all~ =)

Kimcam, kimchi, kimpossible, kimora, ouhhh kim kim kim apakah kimcam itew? (comel jew bunyi kimcam)

Menurut kamus orang-orang putih, Kimcam adalah lily bud.

Manakala menurut kamus orang-orang melayu, kimcam adalah putik bunga lili.

Persoalannya, pernahkah korang melihatnya? ecececeehhh~ kalau tak pernah, meh aku bagi u tengok rupa kimcam


tadaaa~~ inilah dia lily bud a.k.a kimcam

Ada rupa macam kacang buncis ek. tapi the taste of this lily bud is totally different from kacang buncis or kacang panjang tau

After i bought this kimcam fat cameron that day (dah lama gak la terperap kimcam dalam fridge asben aku~hehe), enjin-enjin otak aku mula berputar ligat mencari idea, nak masak apalah dengan ini kimcam leyy. Takkanla aku nak buat kimcam goreng tepung sahaja meyhh~ Jari jemari aku pun mulalah laju menaip di Google, mencari resepi kimcam masak apakah yang sedap dimakan  =)

daaaannn... aku terjumpa resepi kimcam ini di belog uncle CMG (Che Mat Gebu) [can click to view his blog] yang fofular itu. Wahhhh, blog beliau memang antara vew hits belog masakan yang terlaris di Malaysia. Masuk belog uncle Mat Gebu je terasa perut aku ni berkeroncong dangdut pula menari-nari rasa laporrr. kehkehkeh. (tq CMG for your superb blog and recipes)

Jom kita teruskan dengan penyediaan bahan-bahan untuk membuat Kimcam Goreng Cili Padi

1 paket Lily bud (kimcam) - basuh dan toskan
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji bawang besar - hiris halus
10 ekor ikan bilis - tumbuk lumat
10 batang cili padi - (ikut kesukaan tahap pedas memasing)
2-3 sudu sos tiram (ikut citarasa korang)
garam dan gula (jika perlu)

Cara-caranya :
1.Masukkan hirisan bawang putih dan bawang besar ke dalam kuali dengan minyak yang panas
2.Masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk halus tadi.
3.Masukkan sos tiram dan sedikit air, gaul-gaul sampai jadi cam sos pekat sikit
4.Masukkan lily bud dan cili padi ke dalamnya
5.Kalau rasa pada tekak korang tak ok, masukkanlah gula or garam. Tapi biasanya aku takkan masukkan garam gula lagi sebab rasa sos tiram sudah memadai.
6. Jangan biarkan lama sangat kimcam dalam kuali panas tu (jangan sampai layu). Bila warna dah jadi hijau pekat sikit, bolehlah terus angkat.....

dah siappppp. senang je kan :)



Masa mula-mula lepas dah masak makanan ni kan, aku macam tertanya-tanya, eh apalah agaknya rasa Kimcam Goreng Cili Padi ni ek. Sebab selalu aku makan kimcam goreng tepung aje. Bila masuk je Kimcam Goreng Cili Padi bersama nasi yang hot hot gituh ke dalam mulut daku, wowwww the taste is so delicious, i tell ya. Rasa manis-manis original from kimcam tu dicampur dengan rasa cili padi yang pedas dan sos tiram sangat membuka selera. (Aku taip ni dengan harapan air liur korang meleleh laaahhh time baca entry aku ni..hahahah)

Wokeyla guys and girls,
Itu sahaja cerita resepiku hari ni.

Selamat mencuba dan terima kasih kerana singgah.

see ya in next entry~tata ^_^


07 December 2012

Resepi : Instant Jelly Puding Cocktail

Assalamualaikum warahmatullah
Selamat Sejahtera =)

Eh macam tak percaya dah hampir seminggu aku bernikah saat entri ini ditaip. Cepat je masa berlalu kan. Aku rasa macam baru semalam aku ni dok single mingle, dok pikir siapakah bakal suamiku?, apakah rupanya?, bagaimanakah orangnya nanti?, dari manakah asal usulnya?, umur berapakah aku nak kahwin? (#cukup '5W' questions.hehe) Tup tup, dah seminggu aku bernikah. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah... Semuanya rezeki dari Allah jua. ( Doakan agar jodohku berpanjangan hingga ke akhir hayat dan membawa ke syurga di 'sana' nanti..amin )

Tatkala inai masih merah di jari ini, aku nak kongsikan satu resepi dengan uols la. boleh kan, boleh kan? hikhik. Bagaimanalah jari jemari aku dapat menghasilkan jelly puding yang sangat lazat ini ya? Padahal aku kurang gemar membuat kuih muih tahu. (erk. kantoi !!). Aku lebih prefer campak-campak masak memasak di periuk kuali belanga daripada nak sukat menyukat menguli tepung. Tapi jangan risau dan jangan peliks. Itu tidak bermakna aku tak gheti buat kuih. hehehe ^_^ 

Harini, korang tak perlu menyukat tepung, susu, gula, garam semua. Sebab resepi aku nak bagi ni memang mudah, selamat, cepat, dan halal. This idea came from my mama. TQ mama. =) 

Apa yang korang perlukan adalah. tadaaaaa.... ;

*Jelly puding ( i prefer brand 'cocoon with nata de coco') ,* Susu krimer sejat dalam tin (i prefer brand 'ideal' or 'carnation') , *Buah Longan dalam tin , dan *strawberry (pilihan, kalau taknak bubuh strawberry pon nggak papa) , *Ketulan-ketulan ais jangan lupa (tiada dalam gambor)

Cara-caranya adalah. 
1) Hiriskan strawberry
2) Bukak, kopek, ke kupas? cover plastik pudding jelly tu. hehe
3) Use the can opener and open the evaporated creamer and longan. (Speaking london gituw)
4) Bubuh semua bahan-bahan ini ke dalam mangkuk besar =)  ~ Jangan lupa, buah longan dalam tin tu haruslah dituang dengan airnya sekali. So that, u tak payah guna gula pasir untuk memaniskan rasanya hokey!
5) Letakkan ketulan ais secukup rasa supaya bila masuk dalam mulut nanti rasa cool chill and freezy..
6) Siap!

Ginilah ghupenyer. Sedap banget yakh =)
Mudah bukan ? Sedap tau. Rugi kalau uols tak cuba. Hirup-hirup diselangi dengan mengunyah jelly puding nata de coco yang kenyal dan buah-buahan sambil menonton tv. Memang marvellous. Selamat mencuba kengkawan. Tataaaaa 



Terima kasih kerana sudi membaca entry ini  =)


THE HITZ