p

22 November 2012

Resepi : Ayam masak kicap honey

Assalamualaikum warahmatullah
Selamat sejahtera


Jarum jam hampir menunjukkan pukul 1.00 petang. Lauk pauk sume tak masak lagi ni. Mood aku  sangat sanguin plegmatik harini. muahaha.. dah dekat pukul 1 pun masih tak berasap dapur. Bebudak Najwa, Aqilah, Nasuha tiga orang anak buah haku muka dah kebuluran. heheh. Entah kenapa mood lepaking melanda diri aku and mama harini.  Mungkin sebab terlalu banyak berfikir tentang big event pada hari Ahad minggu depan kot.=.=" 

Disebabkan semua orang dah kebuluran, maka aku malas nak fikir resepi yang remeh temeh. Kepala aku terfikir nak masak benda simple saje harini. Ayam masak kicap madu =)

Jom ke dapur masterchef!!

Bahan-bahan yang korang perlu sediakan.. senang je!

bawang merah, bawang putih, air asam jawa, carrot merah, lada hijau, tomato, madu, 

kicap masin, air , ayam digoreng separa masak
1) Bawang merah dihiris
2) Bawang putih diketuk dan dihiris
3) Kicap masin
4) Air paip je!
5) Ayam kena goreng separa masak
6) Kicap masin
7) Madu 
8) Air asam jawa
9) Carrot dihiris
10) Tomato dihiris besar
11) Lada hijau + cili api (ikut suka kau lah, lada apa pun boleh...keh keh keh )  

First thing korang kenalah panaskan minyak dalam kuali.

Pastu, bila minyak dah panas, campakkan segala bawang yang telah dihiris sampai bau wangi bawang menusuk bulu hidung korang =P

Pasthree, tuang kicap masin dan madu mengikut tekak korang. Gaul gaul sebati.

Then masukkan air asam jawa dan air paip. (Kalau uols suka berkuah banyak, masukkan air banyak banyak. kalau air paip banyak, kicap dan madu pun kena banyak gak mengikut keseimbangan.)

Campakkan ayam ke dalam kuali dan gaul-gaul hingga sebati.

Last masukkan carrot, lada hijau, dan tomato untuk menceriakan dan menambahkan perisa ayam kicap madu itew.

Jangan lupa, hambik sudu, cedok sikit kuah ayam kicap madu itew dan bubuh kat lidah. Kalau indera rasa lidah korang hantar signal ke otak, menyatakan kurang rasa umphhh maka sila tambahkan madu atau kicap sesedap rasa. hihi

(Untuk masakan ni memang aku tak pakai gula. hehe. manis original dari madu lagi sedap tau. Tapi kalau uols nak tambah gula atau garam, boleh juga. tak berdosa pun) ^___^

Siap! Dah boleh makan dengan nasi atau makan begitu sahaja.


Barulah perut bebudak 3 orang ni terisi tak kebuluran lagi. Mereka makan ayam masak kicap madu dan kacang panjang goreng (my mama masak) dengan meng-finger licking good. Sedap kan air tangan makcik kau ni?..(perasannn) bhahaha




Selamat mencuba resepi campak-campak dalam kuali ku ni.. . =)




Terima kasih kerana sudi menjamu mata membaca resepi ini.

^___^


3 comments:

  1. kalau lah bahan semua dah tersedia.. hana pun main campak2 kan best :)

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera... wah sudah berwajah baru rupanya... lama tak bw.. Tahniah...

    Bestnya masakan ni.... campur madu yg best tu..

    ReplyDelete
  3. hnahdy : btol2...cmpak2 je semua dlm kuali :)

    wanzi : yerla wanzi.dah berwajah baru.. yep, cmpur madu lg sedap :D

    ReplyDelete

THE HITZ