p
Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

30 June 2014

Tips-tips kesihatan sepanjang Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera

Salam Ramadhan...

Mudah-mudahan sahabat-sahabat dalam keadaan sihat hendaknya..

Di kesempatan ini, izinkan saya kongsikan dengan semua satu info menarik tentang amalan harian sepanjang Ramadhan..



Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kita semua

Kuliah puasa dr sudut kesihatan. Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)
Tajuk ' Ramadhan Pesta Makanan.....Jom Ubah ke Pesta Ibadah '
Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--
1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adlh kesilapan. Nabi buka puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yang tinggi pottasium seperti makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab buka puasa bkn utk perut tetapi utk beri tenaga kepadd hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam di depan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan
2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu
3. Jangan lewatkan solat maghrib.
-makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......
4. Selepas solat maghrib, sel sudah dapat tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jgn lebih lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air
5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jangan risau mandi malam dengan paru-paru berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi mcm burung untuk elak paru-paru berair. Burung mandi dengan cara basahkan rambut tapi badan tak basah.
5. Selepas mandi, sebelum pergi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.
6. Solat Isyak berjemaah. Kemudian sembahyang terawikh solat dengan perlahan dan santai. Jgn cari yg gopoh gapah.
7. Pastikan ringan ambil moreh. Makan selepas pukul 10.30 adalah kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dalam badan. Masa ini aktiviti terbaik adalah tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik ke dalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dengan aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya
8. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pkl 12 malam utk kerehatan. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda!!
9. Selepas itu bangun pukul 3 pagi untuk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dengan hujung jari. Boleh mandi. Tiada masalah kesihatan.
10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir.
11. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hingga 5 pagi. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.
12. Sahur. Sebaik2 sahur adlh seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak untuk elak cepat basi. Lebihkan masak masa makan malam, jangan campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam.
11. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah.
12. Jangan tidur selepas subuh kerana akan menyebabkan gangguan kepada hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan
13. Tidur qailullah ( 1 jam sebelum zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma ke dalam mulut dan last sekali keluarkan bijinya. Jangan kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami
Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lebih dr 8 jam

Wallahualam

Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah lainnya di bulan Ramadhan Al Mubarak

Wassalam..

04 October 2013

Tips untuk Pasangan Hujung Minggu / Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Moga kita sentiasa di bawah lembayung maghfirah dan rahmah Allah swt.

Siapa yang sempat menonton Rancangan Semanis Kurma di TV9 malam tadi? Sila angkat tangan. Hehe. Alhamdulillah. Tajuk yang dibincangkan malam tadi (3/10/2013) amat menarik, malah di Facebook Rancangan Semanis Kurma pon, ramai yang bagi respon. Wahhh! Maknanya memang banyak Pasangan PJJ (Perkahwinan/Pasangan Jarak Jauh) zaman sekarang ni heh.

Hey, hey. Even orang kata ada manisnya duduk jejauh ni, tapi banyak juga cabaran dan dugaan yang dihadapi. Semuanya bergantung kepada diri individu itu. Seperti cerita yang saya kongsikan sebelum ini, dugaan dan cabaran yang Allah beri itu berbeza mengikut individu. Mungkin dugaan anda lain, dugaan saya lain, dugaan dia lain. 





Justeru, izinkan saya berkongsi tips-tips yang sempat disalin dari ustaz dan ustazah dalam Rancangan Semanis Kurma Episod 24. (syukran ya ustaz, ustazah n tetamu-tetamu jemputan )

Petua dan Tips-Tips untuk Pasangan Hujung Minggu / Perkahwinan Jarak Jauh / PJJ

1) Gunakan masa yang ada (bersama) dengan berkualiti. Bermakna, setiap kali berjumpa, kena banyak spend time together-gether, membincangkan hal rumahtangga, bermesra, bercuti, dan segala-gala aktiviti yang manis-manis belaka. Perlulah synchronize kan wishing list suami dengan wishing list isteri.

2) Pentingnya sentuhan suami isteri walau jarak jauh. Dalam keadaan jarak jauh, sentuhlah hati isteri dengan layanan dan tindakan yang sewajarnya kerana lumrah wanita memang agak ber'emosi' apabila berjauhan dengan suami.

3) Sentiasa refresh relationship setiap kali berjumpa. Eg : pergi bercuti mengikut kemampuan dan bagi hadiah walaupun murah.

4) Perlu yakin dengan kesetiaan pasangan masing-masing. Walau jasad jauh , namun itu tidak memisahkan dua hati suami isteri.

5) Fikir semula apa matlamat kita sebagai suami isteri?. Kebahagiaan hidup ini, kita yang tetapkan. Jika kita rasa bahagia dengan duduk sebumbung, itulah bahagianya. Jika kita rasa bahagia duduk berjauhan, itulah bahagianya. Jika tiada lagi rasa bahagia duduk berjauhan, maka ambillah keputusan untuk duduk sebumbung dengan suami. Ps/: Bab yang ni kena fikir masak-masak kerana kalau kita dah kerja gomen ni, perlu difikir banyak kali untuk berhenti kerja dan cari kerja lain. Tambahan lagi dengan status ekonomi sekarang di mana barang-barang semua naik harga. Ye dak? Fikir-fikirkan. Moga ada jalan penyelesaian.

6) Suami isteri harus berani membuat keputusan yang tepat, bijak, dan terbaik demi rumahtangga yang kita bina.





7) Amalkan 7 T :
  • Tahan - Tahan daripada godaan
  • Tabah - Harungi segala dugaan dengan hati yang tabah
  • Teknologi - Gunakan teknologi untuk membina keakraba suami ister. Eg : Whatsapp / Video Call/ Call / Sms / Beli hadiah online dan poskan melalui online kepada suami isteri di hari penting / Beli bunga online dan pos ke suami or isteri secara surprise / Makan sama-sama di hadapan webcam masing-masing.
  • Tunggu - Tunggu pasangan kita dengan sabar
  • Telus - Jujur dengan pasangan dan jangan sembunyikan masalah
  • Tekad - Berazam dan bertekad untuk mempertahankan rumahtangga kita
  • Takdir - Apa juga yang berlaku, kembali semula kepada Allah SWT

8) Andai buntu, mohonlah petunjuk daripada Allah SWT "Setiap kali aku merasa kesusahan dalam menyelesaikan masalah, aku membaca istighfar lebih kurang seribu kali. Sehinggalah Allah memberikan jalan keluar untukku." - Ibnu Taimiyyah.


9) Jika ada pilihan yang lebih baik, pilihlah perkahwinan jarak dekat. Lebih elok duduk sebumbung daripada duduk berbumbung-bumbung. Ps/: Perlu ajukan nasihat ini kepada pihak atasan yang berwajib. hihi


10) Suami isteri bolehlah amalkan Doa Nabi nuh : Surah hud ayat 47 (Doa agar Allah beri kekuatan & kesabaran) dan Doa Nabi Hud : Surah hud ayat 56 (Doa agar Allah beri kepada kita sentiasa mengikut jalan yang lurus dalam kehidupan berumahtangga)


Semoga perkongsian ini berguna untuk semua pasangan suami isteri yang terpisah dek lautan, dek banjaran, dek sungai dan dek gunung ganang. Next, jom sama-sama kita hayati pantun nasihat yang dikongsikan pada akhir rancangan Semanis Kurma.


Pantun nasihat dari Puan Noraini (Kaunselor UIA)

Abang utara dinda selatan,
Rindu kasih bukan sebarang,
Jangan tergoda bisikan syaitan,
Menghasut hati berlaku curang

(Dugaan PJJ : akan terbuka kepada banyaaakk 'dugaan'. Kita perlu ada ketetapan hati dalam menangani isu ini. Nauzubillah)

Rambutan di laman terpatah dahan,
Pohon pauh di tepi paya,
Tetapkan iman yakinkan Tuhan
Biarpun jauh, tetap setia.

Pantun nasihat dari Mohd Hafifi (Kaunselor UIA)

Biarpun jauh jarak, kasih rindu makin semarak,
Biarpun jarang bertemu, mengajar kita erti merindu,
Biarpun tak nampak di mata, mengajar kita erti setia,
Biarpun kita dilanda ujian, mengajar kita erti berkorban,
Biarpun kita rasa pedih, mengajar kita erti sedih,
Biar orang memandang sengsara, mengajar kita erti bahagia,
Biar kita saling percaya, bahagia dan derita adalah kita,
Biarpun sakit setengah mati, itu mengajar yakinkan Illahi,
Percaya pada Tuhan,
Kita hamba diberi ujian.





 Apabila rindu menerpa diri dan sukar diubati, perbanyakkanlah zikir di hati.


Sekian,
Salam Sayang dari HafRizah Official Blog.

Terima kasih kerana sudi membaca.  :)

Wassalam.






26 March 2013

Formula Menuju Bahagia : La Tahzan

Assalamualaikum
Salam Sejahtera :)

Dear bloggers and readers..
How are you?
Hope all is well... 
SMILE (^___^)

Nggak tahu apa lagi mahu ku buat di saat ini. waduhhh. Mop lantai sudah. Basuh kain dan sidai kain pun sudah. Menyapu sampah sudah. Memasak sudah. Membasuh pinggan juga sudah. Apa lagi harus ku buat saat menunggu husband ku pulang dari kerja.? (kengkonon rajin leh tew. kekekekeh. ok serius!! ini entri serius lhaa)

Ku belek-belek almari husband ku dan tiba-tiba.... tadaaaa (terkezzut nyah). Daku terjumpa satu bahan bacaan yang sangat menarik. Its a motivational book written by Dr Aidh Abdullah Al Qarni. Buku ni aku dah beli masa zaman belajar di UPM dolu-dolu lagi. Tapiii biasalah masa zaman belajar kan, buku nak exam sahaja daku baca banyak kali..muahaha. Buku-buku motivasi ni aku baca juga tapi skip-skip page. Kalau baca full pun aku tak ulang semula bacaan aku. so sad *Jangan tiru kemalasan aku di zaman stadi dolu hoho*

Ghuper-ghupernya, husband terchenta daku pun ada citarasa yang sama macam daku. Beliau ada juga buku 'La Tahzan'. Jadi kesimpulannya, aku ada sebuah, beliau ada sebuah buku 'La Tahzan' bila digabungkan menjadi dua buah (soo suweett... hehhhh) *love u lah my husband* SEJIWA lah katakan. ahakss.

Apa yang aku baca dalam buku ni wajarlah aku share kan kepada ngkorang semua ye dak. Apa salahnya sampai-sampaikan pesanan yang baik. Takkanlah asyik nak ceghita pasal makanan dan tempat honeymoon je .uhuksss :P

Kalau youall ada buku ni, sila buka mukasurat 148 ye adik-adik. Haaaa..okay, aku tahu dah youall malas nak buka, sebab itulah ahkak yang baik hati, nak share ilmu yang bermanfaat dalam entry kali ini. hehe. Please read and sebarkan kalau rajin. :)



La Tahzan = Jangan berdukacita. Bacalah Kaedah-Kaedah Menuju Bahagia
  1. Insafilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam sempadan hari ini sahaja maka akan terpecahlah fikiran anda, akan kacau semua urusan, dan semakin bertambah kesedihan dan kebimbangan diri anda. Inilah makna sabda baginda SAW " Jika pagi tiba, janganlah menunngu petang, dan jika petang tiba, janganlah menunggu waktu pagi."
  2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah berlaku sebab perhatian yang terpaku pada yang sudah lalu merupakan kebodohan dan kegilaan
  3. Jangan terlalu menyibukkan diri dengan masa hadapan sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.
  4. Jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian, dan insafilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda.
  5. Beriman kepada Allah dan beramal soleh adalah hidup yang baik dan bahagia
  6. Sesiapa mengkehendaki ketenangan, kedamaian dan kesenangan, maka dia perlu berzikir kepada Allah.
  7. Hamba perlu menyedari bahawa setiap sesuatu adalah berdasarkan ketentuan qadha dan qadar
  8. Jangan menunggu terima kasih dari orang lain
  9. Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk
  10. Kemungkinan, sesuatu yang berlaku itu ada baiknya bagi diri anda.
  11. Semua qadha bagi seorang Islam baik adanya
  12. Berfikirlah tentang NIKMAT, lalu bersyukurlah
  13. Anda dengan semua yang ada pada diri anda sudah lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain
  14. Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada JALAN KELUAR
  15. Dengan musibah hati, akan tergerak diri anda untuk berdoa
  16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati
  17. Sesungguhnya selepas kesusahan itu akan ada kemudahan
  18. Jangan sekali-kali gagal hanya kerana perkara yang tidak mustahak
  19. Sesungguhnya Tuhan Maha Luas ampunannya
  20. Jangan marah, jangan marah, jangan marah
  21. Hidup ini tidak lebih dari sekadar roti, air dan bayangan. Maka tidak perlulah bersedih hati jika semua itu ada.
  22. "Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan terdapat juga apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu" -surah Az-Zariyat :22-
  23. Kebanyakan daripada apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.
  24. Ada teladan pada orang-orang yang ditimpa musibah
  25. Sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia akan memberi cubaan kepada mereka.
  26. Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana
  27. Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya, dan tinggalkanlah kekosongan dan pengangguran(tak buat apa2)
  28. Tinggalkanlah semua desas-desus dan jangan percaya kepada khabar angin
  29. Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar bahaya yang akan menimpa pihak lawan.
  30. Semua musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa.
Mengapa Masih Berdukacita Sedang Kita Ada 6 Formula
  • Percaya SEPENUHNYA kepada Allah
  • Sedarlah bahawa semua yang Allah takdirkan akan berlaku
  • Sabar adalah senjata yang peling berkesan yang digunapakai oleh orang-orang yang mendapat ujian
  • Jika kita tidak sabar, apa lagi yang boleh kita lakukan? Kita tidak akan tertolong hanya dengan perasaan resah
  • Mungkin sahaja kita akan berada dalam keadaan lebih buruk daripada keadaan kita sekarang ini
  • Dari semasa ke semasa, jalan keluar akan terus terbuka.

Ujian itu tidak ubah seperti penyakit, apabila tiba masanya nanti pasti akan sembuh. Sesiapa terburu-buru untuk membuangnya maka keadaan tubuhnya makin lemah dan semakin parah. 

Begitu pulalah dengan musibah dan ujian, apabila tiba masanya nanti akan hilang bersama bekas-bekasnya. Sebab itu kewajipan orang yang mendapat ujian adalah bersabar, menunggu datangnya jalan keluar (di saat tiada lagi jalan lain yakni buntu) dan sentiasa BERUSAHA dengan DOA dan TAWAKAL.

Sekadar perkongsian ilmu untuk hari ini....

La Tahzan ya kepada kengkawan yang sedang ditimpa ujian~

Fa Inna Ma'al 'Usri yusra, Inna Ma'al 'Usri Yusra.........

Wassalam


24 November 2012

Cinta : Jodoh Pertemuan Ketentuan Allah

Assalamualaikum warahmatullah
Selamat sejahtera


"Cikgu, saya risau la, saya takde girlfriend lagi. Member-meber semua sudah berpacaran. Saya ni tak laku ke cikgu?"
Kata seorang anak murid kepada gurunya.

"Cikgu, kawan saya ni ada masalah besar. Dia ni terlalu pemalu dengan lelaki sampaikan tak ada boyfriend. Tak gang lah kalau tak ada boyfriend"
Kata seorang anak murid kepada gurunya.

***

"Eh, sepupu awak dah naik pelamin, awak bila lagi?"
Kata seorang makcik kepada anak buahnya.

"Dah ada pakwe ke belum?"
Kata seorang kawan kepada kawannya.

***

Hye kawan-kawan!. Dalam masa yang sibuk nak buat persiapan ni pun, kitew masih lagi sempat nak berblog kan. Nak buat camne, jari tengah laju nak menaip. 15 minit sahaja daripada 24 jam. haha.  Hari ini kepala kita asik terfikir nak buat satu entry pasal benda ni....Cinta dan .Jodoh. layanss

Mesti uols pernah kena situasi seperti di atas kan? Gimme five. "Kita serupa… Kita serupa…Hadir ku untuk mengubat luka ..Kita serupa..Kita serupa". Hehhh, tiba-tiba menyanyi lagu kumpulan Headwind pulak. Memang perit telinga dan payau anak tekak sebab dah mual dengan soklan soklan sebegitu ghupe.  Ok. Itu cerita dulu. Kini, insyaallah..doakan kebahagiaan saya dan doakan urusan saya berjalan lancar ye awak-awak semua. =)

Adik-adik yang aku sayang sekalian, 
Soal cinta, nak ada boyfriend girlfriend ni, janganlah terlalu risau sangat. Jodoh pertemuan dan ajal maut semua di tangan Tuhan. Ahkak menasihatkan time sekolah ni, tak payahla terlalu berjiwang karat sangat nak bercinta. Lebih elok adik-adik fokuskan pada pelajaran. Cinta di waktu sekolah memang tak salah. Yang salahnya bila cinta remaja ni terbawa-bawa sampai hanyut dengan dunia syaithon nirrojim.. Sebab syaithon nirrojim memang selalu suka nak menyesatkan anak cucu adam especially yang muda remaja.  Ada faham ka? Kalau tak faham boleh miskol ahkak ye ^.^

Kawan-kawan yang daku kasihi sekalian, 
Jangan khuatir jika masih belum berjumpa jodohnya, Insyaallah, jodoh itu ada. Allah akan hantar insan yang benar-benar sesuai untuk kita di saat yang betul-betul sesuai. Bila tiba saatnya, tidak akan terlambat atau tercepat walau sesaat pun. Allah Maha Mengetahui. Yang penting, kita kena berusaha, berdoa, dan yakin dengan Allah. Biarlah orang nak kata hape pun. Allah kan ada. Siapalah mereka nak men-judge hidup uols and weols kan




Boleh amalkan Doa pendekat jodoh ini. Surah al anbiya ayat 89  : gambar ihsan google

Para pembaca yang daku kasihi sekalian,
Jika cinta itu tidak kesampaian, bangkitlah kembali berjalan menuju Illah. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..Pandanglah setiap yang berlaku dengan pandangan hati. Kita bukan sahaja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dapat merasa rahmat kurniaanNya juga.... 

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. 

Allah datangkan petir dan kilat.. 
kita menangis dan tertanya-tanya, 
kemana hilangnya sinar.. 
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Yakinlah dengan Yang  Maha Pencipta. Semoga Allah mempermudahkan urusan Jodoh dan kehidupan kita semua. amin.



-TQ kerana sudi singgah dan baca - ^.^


22 November 2012

Syukur..syukur.. @ Apakah sumbangan kita?

Assalamualaikum warahmatullah
Selamat sejahtera




Mari sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt.
Syukur atas peluang dapat menghirup udara yang telah diberi percuma kepada kita.
Bersyukur atas nikmat kehidupan yang diberikanNya kepada kita untuk hari ini.
Berapa ramai saudara kita yang mati ketika tidurnya?
Tetapi kita, masih lagi bernyawa. Masih lagi diberi kesempatan untuk berjalan atas bumi Allah ini. 


Alhamdulillah. Kita diberi nikmat masih lagi dapat melayar internet, masih lagi dapat minum di kedai kopi, masih lagi dapat menonton televisyen. Terfikirkah kita, saat kita berada dalam kesenangan, apakah sumbangan kita untuk saudara-saudara kita yang berada dalam kesusahan tika ini?... Tidak kiralah samada saudara kita yg susah di Malaysia atau di Palestine dan Gaza.





Persoalannya, apakah sumbangan kita?

Sengaja ingin aku kongsi sebuah kisah untuk dibuat pedoman.

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu:

“Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.?"

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.” 

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan). 

Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”

Pilihlah...nak jadi burung kecil yang berbakti walau sedikit itu...ataupun cicak yang derhaka walaupun sedikit? ...pilihan didepan mata...


Pray for our brothers n sisters in Malaysia.
Pray for our brothers n sisters in Gaza n Palestine. 
Pray for our brothers n sisters around the world.



Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga Allah memberi rahmat kepada anda
^___^



THE HITZ