Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera
Mood raya lagi ke uols?... Hehe. Kita sudah busy dengan kerja. Huwaaaa~ kerja kerja kerja lalalala. Tapi dalam kebizian berkerja pun, jangan dilupa untuk sediakan hidangan hasil air tangan sendiri kepada suami dan anak-anak. Ecececehh, macam dah ada anak pulok. Entry harini tentang resepi lagi ke?
Owyea. Mood i harini nak berkongsi resepi dengan kengkawan yang jelita lagi menawan di luar sinun. Ada dua resepi i buat harini (sementara menunggu encik suami yang dalam perjalanan dari Kemaman ke Selangor). Resepi pertama tu, mesti awak semua pernah dengar kan?. Resepi kedua sahaja iols rasa mungkin agak janggal bagi awak semua. Its ok its alright, kemon girls please read and try it at home :)
Ayam Masak Lada Hitam (Black Pepper)
Bahan-bahan yang diperlukan (2 orang makan) :
6 ketul ayam
Serbuk kunyit
1 labu bawang besar -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
Setengah inci halia -dihiris
3 biji tomato ceri (kecik-kecik tu) -dibelah dua
4 batang cili padi -dihiris dua
Daun bawang - dipotong
2 sudu sos black pepper (apa-apa jenama pon boleh, i used Life brand)
Setengah paket perencah black pepper (apa-apa jenama pon boleh, i used Maggi brand)
Garam dan Gula jangan dilupa
Cara-cara Penyediaan
Memula, sila perapkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan kuali dengan minyak panas dan goreng ayam tadi. Jangan goreng sampai kering ye.
Ketepikan ayam.
Now, panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris.
Gaul hingga naik bau, then, masukkan Setengah paket perencah lada hitam.
Tambah sedikit air (ikut kepekatan atau berapa banyak kuah yang uols nak)
Tambahkan juga 2 sudu sos black pepper.
Then masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
Masukkan tomato, cili padi, dan lastly masukkan daun bawang.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Siappppp :)
Resepi kedua ialah - Lobak Masin Goreng Telur
Ahaks, pelik nau bunyi nama resepi ni yer. Ekceli, daku taktahu nak buh nama apa. Ada yang gelarnya "Chap Chai" , tapi nanti uols taktahu pula apekeghupernya "Chap Chai" itew kan. Eheks.
Jangan taktahu, lobak masin pun sodap untuk dijadikan lauk makan dengan nasi tau. Inilah yang daku nak kongsikan dengan uols.
![]() |
Lobak masin yang belum dicincang halus |
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
![]() |
-1) 1 biji Kentang dipotong dadu kecil2, -2) 2 biji telur, -3) cili padi dihiris |
Cara-cara penyediaan :
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan bawang merah dan putih. Gaul hingga naik bau.
3. Masukkan kentang yang dah dipotong dadu tadi. Gaul-gaul bagi layu sikit.
4. Masukkan Lobak masin dan cili padi.
5. Masukkan gula secukup rasa (kalau guna lobak manis, masukkan garam lah...)
6. Pecahkan telur dalam kuali di tengah-tengah lobak masin dan kentang tadi. Gaul Telur jadi cam telur hancur yang akan sebati dengan lobak masin, kentang dan cili padi.
7. Rasa... kalau tak cukup manis ke, masin ke, tambahlah lagi garam or gula secukup rasa.
8. Matikan api. Sedia dihidang.
Sedaappp tau.. cubelah. Tak rugi mencuba :)
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan bawang merah dan putih. Gaul hingga naik bau.
3. Masukkan kentang yang dah dipotong dadu tadi. Gaul-gaul bagi layu sikit.
4. Masukkan Lobak masin dan cili padi.
5. Masukkan gula secukup rasa (kalau guna lobak manis, masukkan garam lah...)
6. Pecahkan telur dalam kuali di tengah-tengah lobak masin dan kentang tadi. Gaul Telur jadi cam telur hancur yang akan sebati dengan lobak masin, kentang dan cili padi.
7. Rasa... kalau tak cukup manis ke, masin ke, tambahlah lagi garam or gula secukup rasa.
8. Matikan api. Sedia dihidang.
Sedaappp tau.. cubelah. Tak rugi mencuba :)
Itu sahaja setakat harini. Daaaaa
I'm quite busy rite now darls..
See ya...
Wassalam :)
thanx for sharing. nampok sedap jaa ;)
ReplyDeletenmpak sedap =) kenapa nm lobak masin?? mmg rsa msin sngat ke?? @ jeruk??
ReplyDeleteAssalamualaikum yanggg, sedapnyaa. terliur sheila tengok gambor. insyallah nak try lobak asin tu. heeeeeeeeeeeee
ReplyDelete@amira : welkam... insyaallah sedap..hehe
ReplyDeleteSKA : heehhee sedap2... yee..lobak masin tu lobak yg telah dijeruk ... ade jual kat kedai2.. :)
Sheila : walaikumsalam... boleh try..kasi encik asben mkn..konfem terangkat..hehe
yang ni po sodap:) no-ordinaryblog(BlogKartunDunia)
ReplyDeletewah enaknya masak pake pepper lada hitam,
ReplyDeletekalo buat masak spagetti pasti enak tuh..
ana kalau lobak masin ni goreng dengan udang dan bawang merah dan cili api: nak try goreng dgn telur pula macam HafRizah..tq for sharing..
ReplyDeleteamirul amir : tq
ReplyDeletenatureve : iyaa...enak bangat.. :) pasti dicoba
anajingga : welkam.. tq for reading too... waahh macam sedap je lobak dgn udang dan bwang.. nnt sy cube resepi ana ye :)
akak,law kte letak perench blackpepper uh gne yg serbuk je bley ke?
DeleteSedapnya.saya nak try lah!kalau tak jadi.suruh kedai makan yang buat lah.hehe.
ReplyDeleteBest resipi ni.. nak try la.. btw, akak mmg sweet..
ReplyDeleteNama kita sama :))
terima kasih sis utk perkongsian resepi. boleh try masak utk lunch harini ni.. sedap.
ReplyDelete