p

04 October 2013

Tips untuk Pasangan Hujung Minggu / Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Moga kita sentiasa di bawah lembayung maghfirah dan rahmah Allah swt.

Siapa yang sempat menonton Rancangan Semanis Kurma di TV9 malam tadi? Sila angkat tangan. Hehe. Alhamdulillah. Tajuk yang dibincangkan malam tadi (3/10/2013) amat menarik, malah di Facebook Rancangan Semanis Kurma pon, ramai yang bagi respon. Wahhh! Maknanya memang banyak Pasangan PJJ (Perkahwinan/Pasangan Jarak Jauh) zaman sekarang ni heh.

Hey, hey. Even orang kata ada manisnya duduk jejauh ni, tapi banyak juga cabaran dan dugaan yang dihadapi. Semuanya bergantung kepada diri individu itu. Seperti cerita yang saya kongsikan sebelum ini, dugaan dan cabaran yang Allah beri itu berbeza mengikut individu. Mungkin dugaan anda lain, dugaan saya lain, dugaan dia lain. 





Justeru, izinkan saya berkongsi tips-tips yang sempat disalin dari ustaz dan ustazah dalam Rancangan Semanis Kurma Episod 24. (syukran ya ustaz, ustazah n tetamu-tetamu jemputan )

Petua dan Tips-Tips untuk Pasangan Hujung Minggu / Perkahwinan Jarak Jauh / PJJ

1) Gunakan masa yang ada (bersama) dengan berkualiti. Bermakna, setiap kali berjumpa, kena banyak spend time together-gether, membincangkan hal rumahtangga, bermesra, bercuti, dan segala-gala aktiviti yang manis-manis belaka. Perlulah synchronize kan wishing list suami dengan wishing list isteri.

2) Pentingnya sentuhan suami isteri walau jarak jauh. Dalam keadaan jarak jauh, sentuhlah hati isteri dengan layanan dan tindakan yang sewajarnya kerana lumrah wanita memang agak ber'emosi' apabila berjauhan dengan suami.

3) Sentiasa refresh relationship setiap kali berjumpa. Eg : pergi bercuti mengikut kemampuan dan bagi hadiah walaupun murah.

4) Perlu yakin dengan kesetiaan pasangan masing-masing. Walau jasad jauh , namun itu tidak memisahkan dua hati suami isteri.

5) Fikir semula apa matlamat kita sebagai suami isteri?. Kebahagiaan hidup ini, kita yang tetapkan. Jika kita rasa bahagia dengan duduk sebumbung, itulah bahagianya. Jika kita rasa bahagia duduk berjauhan, itulah bahagianya. Jika tiada lagi rasa bahagia duduk berjauhan, maka ambillah keputusan untuk duduk sebumbung dengan suami. Ps/: Bab yang ni kena fikir masak-masak kerana kalau kita dah kerja gomen ni, perlu difikir banyak kali untuk berhenti kerja dan cari kerja lain. Tambahan lagi dengan status ekonomi sekarang di mana barang-barang semua naik harga. Ye dak? Fikir-fikirkan. Moga ada jalan penyelesaian.

6) Suami isteri harus berani membuat keputusan yang tepat, bijak, dan terbaik demi rumahtangga yang kita bina.





7) Amalkan 7 T :
  • Tahan - Tahan daripada godaan
  • Tabah - Harungi segala dugaan dengan hati yang tabah
  • Teknologi - Gunakan teknologi untuk membina keakraba suami ister. Eg : Whatsapp / Video Call/ Call / Sms / Beli hadiah online dan poskan melalui online kepada suami isteri di hari penting / Beli bunga online dan pos ke suami or isteri secara surprise / Makan sama-sama di hadapan webcam masing-masing.
  • Tunggu - Tunggu pasangan kita dengan sabar
  • Telus - Jujur dengan pasangan dan jangan sembunyikan masalah
  • Tekad - Berazam dan bertekad untuk mempertahankan rumahtangga kita
  • Takdir - Apa juga yang berlaku, kembali semula kepada Allah SWT

8) Andai buntu, mohonlah petunjuk daripada Allah SWT "Setiap kali aku merasa kesusahan dalam menyelesaikan masalah, aku membaca istighfar lebih kurang seribu kali. Sehinggalah Allah memberikan jalan keluar untukku." - Ibnu Taimiyyah.


9) Jika ada pilihan yang lebih baik, pilihlah perkahwinan jarak dekat. Lebih elok duduk sebumbung daripada duduk berbumbung-bumbung. Ps/: Perlu ajukan nasihat ini kepada pihak atasan yang berwajib. hihi


10) Suami isteri bolehlah amalkan Doa Nabi nuh : Surah hud ayat 47 (Doa agar Allah beri kekuatan & kesabaran) dan Doa Nabi Hud : Surah hud ayat 56 (Doa agar Allah beri kepada kita sentiasa mengikut jalan yang lurus dalam kehidupan berumahtangga)


Semoga perkongsian ini berguna untuk semua pasangan suami isteri yang terpisah dek lautan, dek banjaran, dek sungai dan dek gunung ganang. Next, jom sama-sama kita hayati pantun nasihat yang dikongsikan pada akhir rancangan Semanis Kurma.


Pantun nasihat dari Puan Noraini (Kaunselor UIA)

Abang utara dinda selatan,
Rindu kasih bukan sebarang,
Jangan tergoda bisikan syaitan,
Menghasut hati berlaku curang

(Dugaan PJJ : akan terbuka kepada banyaaakk 'dugaan'. Kita perlu ada ketetapan hati dalam menangani isu ini. Nauzubillah)

Rambutan di laman terpatah dahan,
Pohon pauh di tepi paya,
Tetapkan iman yakinkan Tuhan
Biarpun jauh, tetap setia.

Pantun nasihat dari Mohd Hafifi (Kaunselor UIA)

Biarpun jauh jarak, kasih rindu makin semarak,
Biarpun jarang bertemu, mengajar kita erti merindu,
Biarpun tak nampak di mata, mengajar kita erti setia,
Biarpun kita dilanda ujian, mengajar kita erti berkorban,
Biarpun kita rasa pedih, mengajar kita erti sedih,
Biar orang memandang sengsara, mengajar kita erti bahagia,
Biar kita saling percaya, bahagia dan derita adalah kita,
Biarpun sakit setengah mati, itu mengajar yakinkan Illahi,
Percaya pada Tuhan,
Kita hamba diberi ujian.





 Apabila rindu menerpa diri dan sukar diubati, perbanyakkanlah zikir di hati.


Sekian,
Salam Sayang dari HafRizah Official Blog.

Terima kasih kerana sudi membaca.  :)

Wassalam.






33 comments:

  1. sy suka ibaratkan suami sebagai kawan....boleh buat semua benda dgn suami,,,tapi masih lagi menghormatinya sebagai imam sy...insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..moga berkekalan hgga syurga :)

      Delete
  2. Assalamualaikum sayangku. sebak sheila baca tips ni.. sheila tak memahami hubungan jarak jauh. sheila tahu awak tabah kan yanggg. teruskan berdoa, sheila juga doakan korang berdua cepat2 dapat duduk serumah. dapat zuriat yang comel2.. insyallah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dear,, insyaallah tabah... amin3.. moga termakbul doa sheila... moga sheila pon dikurniakan anak2 yg comel nnt... :)

      Delete
  3. PJJ.. Perhubungan Jarak Jauh... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. perhubungan jarak jauh pon boleh..pasangan jarak jauh pon boleh.. yg penting ade word jarak jauh..hihiiii =)

      Delete
  4. follow kamu yaaa..heee

    ReplyDelete
  5. nice entry dear :)

    ReplyDelete
  6. hehe haah la ramai jugak pasangan hujung minggu nih..
    mcm sorang mmber ana jugak.. weekend je baru dpt
    jumpe husband sbb hasben di sepang, die di perak.. huhu

    ReplyDelete
  7. gmbar last tu sweet betol =) akak kalau rindu suami bt ape kt rumah?? he3..sbar la ye kak..inshaa'Allah dptlah bertukar nnti..sbar dan terus berdoa..pasti beban tu diringankan Allah..amalkn tips kat atas tu..pasti semuanya baik2 belaka..terima kasih atas perkogsian ni..mn thu kot2 kena atas btang hidung sndri..he3

    ReplyDelete
  8. setia yg paling penting

    ReplyDelete
  9. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 1469
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Kahwin pun belum lagi..haha..thanks for sharing..

    ReplyDelete
  11. bahrain : insyaallah, kalau ade jodoh tu tak ke mana, moga bertemu jodohnye ye bahrain..hehe..aminnn

    ReplyDelete
  12. thanks awak.. tips yang bagos... saya pun PJJ dah setahun setegah ni... semoga kita ada rezeki utk duduk bersama suami. aminn

    ReplyDelete
  13. salam...saya sedang merasai n melaluinya...kerana tuntutan tanggungjawab sbg guru, saya terabaikan tanggungjawab sebagai isteri..terpaksa berasingan dengan suami setelah 3 thn perkahwinan...perit sedih bahagia derita rindu..semuanya dah merasa... wish u dpt tinggal bersama pasangan...wish me too :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear...alhamdulillah baru dapat duduk dekat ni... saya doakan awk juga dapat duduk dengan suami... mmng begitulah bile isteri jauh dengan suami..... tanggungjawab kepada suami memang terabai...saya dah nekad dah, kalau tak dapat tukar juga, saya nak berhenti n kerja swasta,,, tapi alhamdulillah, Allah Maha Memakbulkan doa saya dan suami...baru dpt duduk sama

      Delete
  14. Anonymous12:41 PM

    mohon share pantun ye

    ReplyDelete
  15. Ape pndapat kalau sy yg mmg dari mula berkhawin mmg stay dgn suami n skrg plan utk apply keje tetap yg akan jauh dari suami.tp sy xpasti nak teruskan atau x.skrg sy berkerja sambilan n x tetap..mohon pndangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pandangan saya, apa2 yg isteri buat perlukan redha suami juga.. kalau suami izinkan untuk tinggalkan suami dan anak2 demi kerja tetap, why not.... but kita kena fikir juga.. sampai bila kita nak dok jauh?? seksa jiwa raga batin tauuu.. huhuhu... as a woman yg dah lalui saat jauh2 ngn suami ni, memang TIDAK lah saya dok jauh2 dgn suami lagi... .. but apepun, terpulang kepada keizinan suami awk.... ape yg lebih penting? kerja tetap atau keluarga?

      Delete
  16. Asslammualaikum.
    Mohon pandangan semua..sy mmg dari mula berkawin mmg stay ngansuami.tp sbb nak skrg kerja x tetap lagi sy plan nak apply keje yg akan berjauhan dr suami.tp hati saya berbelah bagi.ape patut saya buat?

    ReplyDelete
  17. Anonymous12:26 PM

    Sgt bermanfaat!
    Akak,mohon share ye ^_^

    ReplyDelete
  18. Aslm, salam perkenalan..terjumpa blog puan ketika mencari kekuatan utk pjj..sedang & masih pjj dah hampir 4 tahun.

    Sedang mempertimbangkan untuk berhenti kerja, tetapi agak 'takut' sebab saya bekerja di sektor kerajaan manakala suami di sektor swasta.

    Terima kasih untuk tips yang diberikan. Saya follow yer :)

    ReplyDelete
  19. Anonymous8:59 PM

    saya dah nak masuk 4thn pjj.. mmg sukar n susah untuk orang mengerti apa maksud pjj jika tidak mengaliminya sendiri, hanya Allah tempat mengadu..

    ReplyDelete
  20. Anonymous8:58 AM

    sy pernah pjj slma 2 taun sjk mula berkhwn.sy di perak dan suami di sabah krna tuntutan kerja.bkn weekly husband n wife tp monthly or 3monthly.sy berdoa allah kurniakn seorg ank utk peneman sy ketika sunyi..alhamdulliah doa sy tmakbul..susa snng bersendirian ketika mngdng anak sulong..kini sy diberi peluang utk tgl bersma suami.. tp nikmat itu ditarik balik setelah 2 blan tggl bersama..suami
    dikerahkn utk berpindah ke perlis..hanya allah yg tahu prsann sy..smpai ble kami akn hdp pjj..:(

    ReplyDelete
  21. Anonymous1:16 PM

    Saya pun alami macam ni juga. Bukan senang hidup berjauhan. Dari mula kahwin hinggalah sekarang mula kahwin dulu dua bulan baru boleh jumpa. Sekarang syukur semingu sekali boleh jumpa itupun kalau dia tak bertugas .kalau tidak tunggulah minggu berikutnya. Terima kasih diatas tip yang diberi. Tangisan adalah mainan.

    ReplyDelete
  22. Anonymous1:20 PM

    Saya pun alami macam ni juga. Bukan senang hidup berjauhan. Dari mula kahwin hinggalah sekarang mula kahwin dulu dua bulan baru boleh jumpa. Sekarang syukur semingu sekali boleh jumpa itupun kalau dia tak bertugas .kalau tidak tunggulah minggu berikutnya. Terima kasih diatas tip yang diberi. Tangisan adalah mainan Tunggu suami pencen baru boleh dok sekali kot. Nsibla tahun depan dah pencen bulan sepuluh.Suami pun dok marah kenapa tak dapat tukar. susah sangat ka nak dapat tukar. hu,hu

    ReplyDelete
  23. tips yang sangat berguna..akan di apply...kita sama PJJ..

    ReplyDelete
  24. Cabaran pada saya skg pjj..sukar nya untuk lalui hidup berjauhan..suami handle projek sana sini..perkahwinan baru fasa 3 bulan..kuatkan lah semangat saya Ya Allah..sebagai isteri byk perkara kena tahu dan belajar hukum hakam apabila suami tidak tinggal bersama.

    ReplyDelete

THE HITZ