p

06 August 2013

Selamat Tinggal Ramadhan. Selamat Datang Syawal.

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..


Aku lihat RAMADHAN dari kejauhan....


Lalu ku sapa ia,"Hendak kemana?"

Dengan lembut ia berkata, "Aku harus pergi, mungkin jauh & sangat lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang bernama MUKMIN"...

Syawal akan tiba sebentar lagi, ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya..

Peluklah ISTIQOMAH saat dia kelelahan dalam perjalanan TAQWA, bersandarlah pada TAWADHU saat kesombongan menyerang, mintalah nasihat AL-QURAN & SUNNAH pada setiap masalah yang dihadapinya...

Sampaikan pula salam & terima kasih untuknya kerana telah menyambutku dengan sukacita.

Kelak akan ku sambut di SYURGA dari pintu AR-RAYAN....

"Selamat meraih pahala terbaik di detik-detik terakhir Ramadhan"

Masih ada sisa hari untuk bercengkerama dengan Ramadhan...

Selamat menggapai LailatulQadr....

Semoga kita terpilih oleh-Nya... Ameenn...



~~~

Pesanan dari Prof Dr Muhaya pula ;

Cadangan supaya sebelum menyambut hari raya kita semua membuat resolusi diri 

sendiri dari sudut akidah, ibadah dan akhlak kita. Jika tidak ada perubahan diri 

selepas ramadhan ini menjadi lebih baik dan tidak di buang tabiat buruk alangkah 

ruginya. Semoga kita beriman pada Allah beriman pada ramadhan. Sama kita audit 

diri terutama yang menaip ini. 




22.Surah Al-Ĥaj (Verse 77)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ۩


Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan 



sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan 


mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu 


berjaya (di dunia dan di akhirat).


~~~



Tahun ini adalah tahun pertamaku menyambut Syawal sebagai seorang isteri. Tahun pertama juga daku menyambut Aidilfitri di rumah mertua, bermakna tahun pertama juga daku tidak menemani mama dan ayah bersolat sunat Aidilfitri di masjid. Lumrah kehidupan selepas berkahwin, memang macamnila. ;)
Bagaimana dengan rakan-rakan pula?... Tahun ni, anda semua beraya di mana?. Kepada yang telah berkahwin, jangan gado-gado ye. hihi. Kena ikut turn lah yer, kalau tahun lepas sudah di rumah keluarga suami, tahun ini pula bagi chance di rumah keluarga isteri. Kecuali, jika ada tanggungjawab lain sebagai contoh, suami perlu menjadi Imam Solat Sunat Aidilfitri di kampungnya (contoh dari Ustazah NorHafizah).

Di kesempatan ini, daku ingin menyusun 10 jari, memohon maaf andai ada kekhilafan dalam bersahabat baik di alam maya mahupun di alam nyata. Selamat Hari Raya Aidilfitri kuucapkan kepada semua teman. Moga kita dapat menyambut Syawal dengan penuh kesyukuran dan tawadhuk =)


ps:/ Lagi beberapa minit sebelum kami bergerak pulang ke kampung halaman suami. Doakan kami selamat sampai ye......


Assalamualaikum..

see ya



8 comments:

  1. assalamualaikum, tahun ni tahun kedua beraya dengan suami. turn belah keluarga sheila. hehehe. selamat hari raya awak., semoga panjang umur, kita dapat bertemu. kirim salam suami dan keluarga ya :D

    ReplyDelete
  2. atiqah syuhada1:03 PM

    selamat hari raya kak feez..ingat kite lg x kak?

    ReplyDelete
  3. pengalaman manis ni =) msti best dapat beraya bersama org tersyg..Salam Syawal..maaf zahir dan batin cikgu

    ReplyDelete
  4. sheila... wsalam...wahh..kene ikut turnlah ye..hehe..selamat hari raya utk sheila , suami dan keluarga juga... smoga diberkati Allah slalu...

    atiqah : ingatlah dik...ne leh lupe klau bace nma atiqah syuhada.. :)

    SKA : alhamdulillah... manis.. salam syawal juga fais... maaf zahir batin... :)

    Tuttu : salam aidilftri juga ....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, singgah dan follow.

    Selamat hari raya.

    ReplyDelete
  6. Salam Syawal, aww first raya nan suami. it might be different kn. hihi
    :)

    ReplyDelete
  7. tetamu istimewa : wsalam... tq :)

    amira : memang differet dear..hehe :) pengalaman manis gitew

    ReplyDelete

THE HITZ