p

28 December 2012

Resepi : KimCam Goreng Cili Padi

Assalamualaikum warahmatullah
Selamat sejahtera :)

Resepi lagik?..yeaayyy. FYI, my belog is not belog resepi semata. Dek kerana daku memang ber'cinta' dengan masak memasak jadi aku sukalah nak share dengan ngkorang semua pasal resepi, tapi bukanlah semua yang aku masak wajib nak masuk dalam ni yerr....hihi. Mana yang aku rasa aku nak share, aku bubuhla dalam belog kesayangan daku ini..kehkehkeh. Bolehla ngkorang cuba try test di dapur masakan masing-masing nanti. ~ peace y'all~ =)

Kimcam, kimchi, kimpossible, kimora, ouhhh kim kim kim apakah kimcam itew? (comel jew bunyi kimcam)

Menurut kamus orang-orang putih, Kimcam adalah lily bud.

Manakala menurut kamus orang-orang melayu, kimcam adalah putik bunga lili.

Persoalannya, pernahkah korang melihatnya? ecececeehhh~ kalau tak pernah, meh aku bagi u tengok rupa kimcam


tadaaa~~ inilah dia lily bud a.k.a kimcam

Ada rupa macam kacang buncis ek. tapi the taste of this lily bud is totally different from kacang buncis or kacang panjang tau

After i bought this kimcam fat cameron that day (dah lama gak la terperap kimcam dalam fridge asben aku~hehe), enjin-enjin otak aku mula berputar ligat mencari idea, nak masak apalah dengan ini kimcam leyy. Takkanla aku nak buat kimcam goreng tepung sahaja meyhh~ Jari jemari aku pun mulalah laju menaip di Google, mencari resepi kimcam masak apakah yang sedap dimakan  =)

daaaannn... aku terjumpa resepi kimcam ini di belog uncle CMG (Che Mat Gebu) [can click to view his blog] yang fofular itu. Wahhhh, blog beliau memang antara vew hits belog masakan yang terlaris di Malaysia. Masuk belog uncle Mat Gebu je terasa perut aku ni berkeroncong dangdut pula menari-nari rasa laporrr. kehkehkeh. (tq CMG for your superb blog and recipes)

Jom kita teruskan dengan penyediaan bahan-bahan untuk membuat Kimcam Goreng Cili Padi

1 paket Lily bud (kimcam) - basuh dan toskan
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji bawang besar - hiris halus
10 ekor ikan bilis - tumbuk lumat
10 batang cili padi - (ikut kesukaan tahap pedas memasing)
2-3 sudu sos tiram (ikut citarasa korang)
garam dan gula (jika perlu)

Cara-caranya :
1.Masukkan hirisan bawang putih dan bawang besar ke dalam kuali dengan minyak yang panas
2.Masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk halus tadi.
3.Masukkan sos tiram dan sedikit air, gaul-gaul sampai jadi cam sos pekat sikit
4.Masukkan lily bud dan cili padi ke dalamnya
5.Kalau rasa pada tekak korang tak ok, masukkanlah gula or garam. Tapi biasanya aku takkan masukkan garam gula lagi sebab rasa sos tiram sudah memadai.
6. Jangan biarkan lama sangat kimcam dalam kuali panas tu (jangan sampai layu). Bila warna dah jadi hijau pekat sikit, bolehlah terus angkat.....

dah siappppp. senang je kan :)



Masa mula-mula lepas dah masak makanan ni kan, aku macam tertanya-tanya, eh apalah agaknya rasa Kimcam Goreng Cili Padi ni ek. Sebab selalu aku makan kimcam goreng tepung aje. Bila masuk je Kimcam Goreng Cili Padi bersama nasi yang hot hot gituh ke dalam mulut daku, wowwww the taste is so delicious, i tell ya. Rasa manis-manis original from kimcam tu dicampur dengan rasa cili padi yang pedas dan sos tiram sangat membuka selera. (Aku taip ni dengan harapan air liur korang meleleh laaahhh time baca entry aku ni..hahahah)

Wokeyla guys and girls,
Itu sahaja cerita resepiku hari ni.

Selamat mencuba dan terima kasih kerana singgah.

see ya in next entry~tata ^_^


4 comments:

  1. Anonymous10:21 AM

    pnh beli kimchan ni kat cameron highland. manis je n sedap. alamak terliur lak

    ReplyDelete
  2. @anis : yep....manis n sedap kan :) kalau dh terliur tu kene cepat2 pi cari kat pasaraya pulakla...hehehehe

    ReplyDelete
  3. salam...tq sudi singgah di blog chegu zubir ..jom singgah sini pulak blog catatan kehidupanku http://ohceritaku5588.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. wslm...insyaallah chegu zubir :)

    ReplyDelete

THE HITZ