p

26 February 2013

Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas Johor

Assalamualaikum wbt
Selamat Sejahtera...

Howmaigod, i miss my blog already. I miss my fans. Erk ada fans kah?..haha...

Harini daku nak mengeshare satu resepi yang amat popular di Johor. Orang Melaka pun gemar resepi ini. Asam Pedas, owyea owyea. Macam dah terliuq aku di saat nak share resepi ni ngan ngkorang.haha. 

Masakan ni aku masak masa cuti sekolah haritu. Khas untuk encik suamiku yang terchenta. Sedap betul air tangan aku sampai husband tambah tambah banyak kali. (muahaha. perasan, tapi memang sedap lazat lagi nikmat pun. fuhhh) Husband siap simpan asam pedas ni dalam freezer lagi. Menyejukbekukan masakan ini dan memanaskannya semula di saat aku berada di Pantai Barat dan beliau berada di Pantai Timur. Arghh syahdu pulak. Apa boleh buat, amanah kepada kerjaya sementara masih berkerjaya . uhuks uhuks. :'(

Jom baca resepi ni (tq mama sebab share resepi dengan anakanda yang jauh di perantauan. hehe)

Bahan-bahannya :

2 ekor ikan tenggiri
Lada Kering 15-20 biji (rendam dulu dan cuci)
Bawang merah Holland 1 setengah labu
Bawang merah kecil (3-4 biji)
Bawang putih (3-4 ulas)
Halia (1 inci)
Kunyit hidup sedikit
Asam jawa
Bunga kantan (pilih bunga kantan yg masih segar agar kuah asam pedas tak rasa pahit. kalau takde bunga kantan pun lagi sedap. saya masukkan bunga kantan kerana suami suka ada bunga kantan..hehe)
Daun kesum
Setengah sudu kecil biji halba (bagi memarvellouskan rasa)


ikan yg direndam dalam air asam jawa dan sedikit perahan limau...bagi hilangkan bau dan rasa hanyirnya.. :)


Cara-cara penyediaan Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas Johor

Ikan haruslah dibasuh bersih (rendam dalam air asam jawa dan limau), dibilas dan ditoskan :)
Blenderkan lada kering, bawang-bawangs, halia dan kunyit tadi.
Panaskan minyak (anggaran setengah cawan, agak-agak sendiri)
Tumiskan setengah sudu kecil biji halba hingga wangi
Tumiskan pula bahan-bahan blender tadi (lada kering,bawangs,halia,kunyit). Tumis hingga pecah minyak yerrr
Masukkan ikan dan air asam jawa secukup rasa
Masak hingga mendidih
Masukkan pula garam secukup rasa
Lastly masukkan sedikit daun kesum dan sebatang bunga kantan yang dah dibelah.
Gaul dan biarkan hingga semua rasa mesra alam gittuh.
Siap.




Bolehlah dimakan bersama nasi panas dan sayur kobis goreng kampung. nyum nyum. Korang nak minta resepi sayur goreng dalam gambar kat bawah ni juga ke?... Alaaaa..tak perlulah, sebab cincai cincai, campak campak je macam tukang masak kat warung tuh sampai berasap kuali dan lepastu siap..heheh.... :) 


Selamat mencuba uols... see ya in next entry :)


15 comments:

  1. hoho.. terliur tgok.. adoi..

    ReplyDelete
  2. jom terai test meh..hehe :)

    ReplyDelete
  3. menyelerakan.. kalau makan panas2 sedap ni

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. menyelerakan :))

    ReplyDelete
  5. hana : memang best..hehhhehe :)

    Sheila : walaikumsalam... sedapkan... jom cube buat jom :)

    ReplyDelete
  6. assalam,

    sedap ni ...walaupun bunda bukan orang johor atau melaka, tapi suke juga makan asam pedas...

    cume nak buat sendiri tu rasanya tak menjadi, selalunya beli jer..

    ReplyDelete
  7. walaikumsalam

    jom bunda cube try ikut resepi sy buat ni... :)

    ReplyDelete
  8. Anonymous2:42 PM

    thanks....da cba td..hehe

    ReplyDelete
  9. Anonymous10:00 AM

    Da cuba tp x mnjadi.. knp ntah.. ; (

    ReplyDelete
  10. welkam alll. :)

    anon : klau x jadi, sile cube lg.. makesure lada tu kne btol2 masak smpai pecah mnyak :)

    ReplyDelete
  11. Waa!!! Da try just now. Mmg best. Gabungan resepi kak hafrizah dgn mama sya. Mmg trbaek! Anyway, thanks for the resepi kak.

    ReplyDelete
  12. Sedapnya.. Sungguh menyelerakan. Nanti nak cubalah. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum...salam perkenalan..
    thanks untuk resepi mudah ni...nak kena sabar banyak masak asam pedas ni..bab nak mendapatkan masam-masam pedas tu mmg adventure! selamat mencuba kepada diri sendiri.. :D
    Jemput jenguk laman blog saya... :D

    ReplyDelete

THE HITZ