p

17 June 2013

Resepi: Sambal Sotong Katak ?

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera


"Sayang, abang bawa balik sotong katak ni...''

''Sotong apa???"

"Sotong Katak"

"Sotong apa???"

"Sotong Katak"

Eh eh, dah macam iklan burung apa? burung murai, nak. Hadoii.

Secara jujurnya, memang pertama kali daku dipertemukan dengan sotong katak secara live gitu. Selalunya, kalau makan di kedai pun, daku tak adalah ambil kisah yang sotong tu dari keturunan sotong mana pun. Sotong ni pun ada banyak keluarga ye. Biasanya daku jumpa live sotong yang cecomel kecil-kecil tu je la.

Persoalan bermain di minda, kenapa perlu bagi nama Katak pada Sotong. Apakah dosa sotong tu. ahaks.

Dan bila daku buka plastik sotong tu, jeng jeng jeng...... Omakkau

Bila diterbalikkan sotong itew memang ada rupa katak der. Ehem ehem ehem. Kembang tekak daku. Macamanalah daku boleh terjebak dalam dunia makanan eksotik ni haaa..chewahhh


nah inilah dia ghuper sotong katak direndam dalam besen. eeek

Mungkin sotong katak agak janggal bagi daku, tetapi member blogger dari Sabah kata yang mereka dah biasa makan sotong katak ni. Diorang just rebus kosong dan makan dengan air asam atau sambal belacan... 

Untuk merealisasikan impian dan keinginan suamiku memakan sotong katak ni kan, aku pun mencuba sedaya upaya untuk buang perasaan geli tau nyah. Masa basuh-basuh sotong ni, puas otak den set ''Ini sotong bukan katak, ini sotong bukan katak, ini katak bukan sotong eh! ini sotong bukan katak'' ...

Tu lah, siapa suruh hangpa bagi nama Sotong Katak kat dia. Tak ada nama lain yang lagi comel ke. kehkehkeh. Semenjak umur daku dah makin tua ni, banyak pula hormon geli daku datang. haha. Akibat geli geleman time pegang sotong katak yang masih belum disiang ni, terpaksalah suami mithali daku tolong buat pembedahan kat sotong ni, dibelah kepada dua. hehehee... TQ husband.

Then, tugas menyiang kulit sotong seterusnya ofkosla daku yang take over. :)


ini adalah tulang sotong katak (cangkerang). macam rupa skateboard ye

sila belah sotong kepada dua camni haaa. buang sekali kulit warna gelap tu kalau korang nak sotongnya putih berseri. hihi

Tips nak bagi daging sotong katak semenanjung Malaysia ni lembut lepas masak adalah uols kena belah dia kepada dua macam dalam gambar. Then, ambil lesung batu, ketuk-ketuk sedikit di seluruh isinya. Jangan ketuk kuat-kuat pula. Nanti hancur jadi sotong blended pula. hewhewhew.

Seterusnya, bolehlah potong ikut sukahati kau lah ye. Daku prefer potong daging sotong katak ni dengan hiris panjang-panjang.


Daging sotong yang dah dihiris. 



Ok then bolehla masak. Jom.

Resepi Sambal sotong katak kita :

Bahan-bahan yang diperlukan ~

1) Sotong 
2) Cili boh (4 sudu besar) atau 15 biji lada kering diblender
3) Bawang merah (4 ulas)
4) Bawang putih (1 ulas)
5) Bawang besar - dipotong bulat (1/2 labu)
6) Setengah inci halia
7) Air asam jawa (sedikit)
8) Garam gula secukup rasa
9) Serai (1 batang)
10) Minyak untuk menumis 


Cara-cara penyediaan ~

Blender atau tumbuk bawang merah, bawang putih, dan halia. Serai dititik sahaja.

Panaskan minyak dan masukkan bawang serta halia yang telah ditumbuk.
Masukkan serai yang telah dititik.
Masukkan lada boh / lada kering(dah blend) dan masak hingga minyak pecah.
Masukkan sotong dan air asam jawa sedikit. 
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap.

ps/ Ada member bagitahu, jangan masak sotong katak ni lama-lama sangat, tapi kalau uols dah tumbuk isi sotong katak ni dengan lesung seperti di atas, rasanya takda masalah. Janganlah masak terlampau lama dan jangan pula terlampau sekejap.



Selamat mencuba =) Rasanya sedap delecious marvellous. 

Rupa-rupanya, ini bukan makanan eksotik.  Uols kena cuba merasakannya. Memang sedap. Rasa sotong tau. hihihiks

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca.

See ya ...



6 comments:

  1. Anonymous11:17 PM

    tak pernah mkn lg sotong ni. boleh cube nnt.

    ReplyDelete
  2. dengar nama sorong ok tapi bila dah jadi sotong katak terus takde slera nak makan.. terbayang2 pulak katak tu..huhu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum awak. perghh saya pun first time dgr ni. hihi. sodapnyaaa. suami sheila suka sambal tau. kalau boleh hari2 masak tu pun dia okey hihihiihihhhh :)

    ReplyDelete
  4. nmpak sedap :) bru je mkan stong smlam..tp sotong katak ni xpnh la plak makan..sdap ke?? ada beza ngn biasa??

    ReplyDelete
  5. anon : cubelah..rase die same je cume daging sotong katak ni lebih tebal sikit.. :)

    the malay male : hahaaa... tp rase die same je ... rase stong juga..hehehe

    sheila salim : wsalam..hihi... hari2 menus smbal pon sedap... pembuka selera tu... :)

    SKA : sedap juga... beza dia, isi dia lebih tebal sikit..tp rase stong juga..ahakss :)

    ReplyDelete
  6. Eehh kena ketuk ketuk dlu?
    Ala....

    ReplyDelete

THE HITZ