p

31 May 2013

Resepi : Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan & Peria Goreng Telur

Assalamualaikum wbt...
Salam sejahtera

Apakah masakan yang paling senang dimasak oleh uols? Bagi daku, masak lemak cili api negeri sembilan nilah yang paling senang dimasak. Insan yang baru nak belajar memasak pun boleh cuba masakan ni sebab amat mudah cara penyediannya.. ececehh.

Harini daku berkenan nak share resepi ayam masak lemak cili api negeri sembilan dan peria goreng telur. Daku bukan berasal dari nogoghi sombilan, hanya pernah menetap selama 3 bulan sahaja sewaktu zaman praktikal dulu, tapi yang daku tahu, orang nogoghi memang suka makan masak lomak kannn :)

Resepi ni aku dapat from my rakan sekerja (orang nogoghi) dan digabungkan dengan cara masakan mak kepada salah seorang rakan aku (oghang nogoghi juga). Kedua-duanya aku dapat sewaktu aku melepak-lepak di rumah mereka. kihkihkih, nampak nau aku rajin melepak rumah orang. (lepak sambil tolong memasak maaa)  (^_^)

Bahan-bahan yang anda perlukan untuk masak lemak cili api (untuk 6 ketul ayam)

  • Daging ayam yang siap dibasuh dan ditoskan
  • 15-20 biji cili api -ditumbuk lumat (jumlah cili ikut kesesuaian kepedasan yang anda minat)
  • 1 inci kunyit hidup -ditumbuk juga bersama cili api
  • 1 batang serai -dititik sahaja
  • 1 keping asam gelugor (asam ni sesuai if uols nak kuah lemak masam sikit. kalau taknak pun takde hal)
  • 1 helai daun kunyit dihiris
  • 1 kotak santan kara (malas nk perah santan. guna santan kara pon sodap)
  • Air 1 cawan
  • Garam


Cara-caranya :

Panaskan kuali dengan api yang paling kecil.
Masukkan ayam dalam kuali panas (tak perlu minyak). Tujuannya nak bagi air ayam tu keluar agar nanti kuah lemak tak rasa hanyir ayam tu.
Masukkan sekali cili api dan kunyit hidup yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan digaul bersama ayam.
Gaul dan panaskan sekejap je. then angkat jap ayam bersama cili dan serai tadi. ketepikan seketika.

ginilah rupa ayam yang digaul bersama cili padi, kunyit dan serai dalam kuali panas. kita kasi itu air ayam keluar jugaaa :)


Meanwhile, panaskan santan sahaja dalam periuk. Panaskan dengan api kecil hingga santan menggelegak.
Kemudian masukkan ayam yang telah digaul bersama cili api,kunyit dan serai tadi ke dalam santan atas api kecil tu.
Masukkan sedikit air ikut kesesuaian
Gaul-gaul-gaul-gaul. Jangan bagi santan pecah.
Masukkan asam keping (kalau nak rasa masam2. kalau tak masukkan pun still sedap)
Masukkan garam dan lastly masukkan daun kunyit yang dah dihiris tadi
Siap.

Siap!! kalau ngkorang nak kasi kuning lagi, boleh tambah serbuk kunyit sikit masa masak tadi ....


Next resepi ini juga merupakan resepi yang simple untuk dimasak.

Buah peria goreng telur.
Kita guna peria yang besar panjang tu ye, bukan peria katak. Peria katakyang pahit tu biasa kita buat ulam sahaja.

Now, what you need?

  • Peria dihiris - rendam dalam air garam lepas dihiris ye
  • Cili merah dihiris
  • Telur
  • 2 ulas Bawang Putih -dihiris
  • 1 biji Bawang merah sederhana besar -dihiris
  • Garam
  • Gula
Inilah bahan-bahannya. The peria kena rendam dalam air garam dulu ye bagi hilang kan rasa pahitnya
Cara-cara masakan :

Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan bawang putih dan bawang merah dalam kuali. Gaul hingga naik bau =)
Masukkan peria yang telah direndam dan ditoskan tadi.
Masukkan cili merah.
Then pecahkan telur dalam itu kuali. Tunggu jap bagi telur 'matang' sikit.
Then gaulkan telur jadi telur hancur, bermesra dengan peria tadi.
Garam dan gula secukup rasa jangan dilupai.
Okeyh. Siap untuk dimakan :)




Bismillah sebelum makan .

Selamat mencuba.

Tq for reading my entry ...

See ya.



24 comments:

  1. Assalamualaikum awak. sodapnya. saya tak gheti masak lomak wehhh! hahaha ni je yang tak reti, sampai skrg even selalu masak. selalu je tak menjadi. nanti nak try ikut resepi awak. hehehehe thanks sayangggg :)

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam.

    jom cuba masak..heheh...konfem menjadi punye lepas ni....welkam....thankss juga kt awak.. :)

    ReplyDelete
  3. thank you untuk resepi ayam masak lemak cili api..
    arini try masak utk berbuka,hahaha

    ReplyDelete
  4. Tengs so much 4 resepi nie. .

    ReplyDelete
  5. penaberkala : welkam... :) wahhh sedapnye berbuka dgn lemak cili api...

    atyna : welkam dear... :)

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:52 AM

    l;olopoooo

    ReplyDelete
  7. Meleh air liurrr!!! Nak masak...tp masalahnye...SANTAN DAHH HABISSSS!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kene g beli sntan cepat tu eim mie..

      Delete
  8. salam akak boleh cuba masak, masakan arab yang terdapat di dalam buku hidangan barakah yg hanya bernilai 19.90shj, boleh di dapati di https://www.facebook.com/HidanganBarakah?ref=hl

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...insyaallah...tq fren :)

      Delete
  9. Anonymous6:30 PM

    Slm.awk, bawang mmg tk perlu ye?

    -hamizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... yer yang..kalau ikut oghang nogoghi memang tak perlu... cer try letak bawang dan tak letak bawang, serius berbeza rasanya.... anyway kalau negeri lain ade yg letak bwang.... depends on citarasa kita... :) selamat mencuba......

      Delete
  10. macam best je masak lemak ni..selalu gune bwg merah..pasni nk try resipi yg ni plak la..thanx!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear sis... silekan cuba.. insyaallah sedap.. kuahnya pekat berlemak dan memang terangkat :)

      Delete
  11. Anonymous3:43 PM

    cara masak lemak cili api kita sama =)

    ReplyDelete
  12. i org jb kawen ngan org nogori,..kesian die asik mkn sambal je yg i reti.. harap2 masak lomak fevret dia akn buat die lebeh syg i n xcari org lain,..heheheh tq ats resepi yg mudah dfaham n dbuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. welkam dear.. selamat mencuba..mesti ur husband suke :)

      Delete
  13. cari resepi kat google sbb xpandai nak msk lomak cili api ni,..almaklum la,..org jb lebeh pd warne merah,..nak masak tuk husband org nogori,..harap2 bole jd pengubat rindu masakan mak die,..

    ReplyDelete
  14. Anonymous1:58 PM

    Da try.ni pkg sdp sbb perap aym tu ngn cili padi.sodapppp

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum sis. kotak santan kara tu saiz kecil ke besar??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... saya pakai kotak kecil sebab untuk 2 org makan je ni.... but then terpulang pada selera awak... :)

      kalau ayam banyak, gunelah kotak besar...

      Delete
  16. sedapnya...nk try la lunch ari ini

    ReplyDelete

THE HITZ