p

27 March 2013

Ayam Masak Kari, Sambal Belacan Jawa, Bendi, Papadom

Assalamualaikum readers
Selamat tengahari
Selamat sejahtera

Ayam Masak Kari, Sambal Belacan Jawa, Bendi, Papadom. Apakah?. Ini bukan tajuk filem yang bakal ditayangkan di pawagam ngerti. Ekceli, makanan-makanan dalam senarai di atas merupakan hidangan santapan tengahari daku dan husband pada hari ini. Alhamdulillah~ (^_^)

Daku nak kongsikan resepi dengan youalls yang terasa nak buat santapan macam ni juga. Berbaloi-baloi sebab kuah kari memang sesuai dimakan bersama sambal belacan, papadom, dan nasi putih panass panass. :)

Credit to my Mama for this resepi ayam kari air tangan ibu. Kini menjadi resepi ayam kari air tangan isteri pula, kata kau. kikiki. Penting tau air tangan isteri untuk suami. Kini, aku sudah mahu rajin memasak, sementara tengah cuti sekolah ni kan (walaupun hakikatnya aku suka memasak pons.hihi) semenjak terbaca nasihat ustaz. Ustaz Azhar kata, jangan cari isteri yang pandai masak, tapi carilah isteri yang rajin masak. 
Lorr. kenapa ya?
Mestilah ada rahsia kebaikan di sebalik air tangan isteri untuk suami dan isteri/ibu untuk anak-anak. Insyaallah~amin


Resepi Ayam Masak Kari 

Bahan-bahan (4 orang makan) :
  • Satu setengah biji bawang merah (Saiz sederhana)
  • 3 Ulas bawang putih
  • Setengah inci halia
  • Serbuk kari daging (kalau nak pedas sedikit, campur sedikit serbuk cili) ~ campur sikit air untuk jadikan dia macam pes pekat
  • Santan
  • Rempah ratus tiga beradik (kayu manis, pelaga, bunga lawang)
  • Ayam
  • Daun kari
  • Sebiji tomato dipotong 4
  • Garam dan gula
Cara-cara
  • Panaskan minyak masak
  • Masukkan rempah ratus 3 beradik (kayu manis, pelaga, bunga lawang). Gaul-gaul dalam minyak panas sekejap.
  • Masukkan [Satu setengah biji bawang merah + 3 Ulas bawang putih + setengah inci halia] yang telah DITUMBUK atau DIHIRIS pon boleh.
  • Masukkan juga daun kari. Gaul-Gaul seketika
  • Masukkan Serbuk kari daging yang dah jadi macam pes pekat tadi.
  • Gaul-gaul sampai minyak pecah
  • Masukkan ayam. Biar seketika digaul bersama semua bahan yang dah ada dalam periuk panas tu
  • Then masukkan air.
  • Masukkan santan secukup rasa
  • Masukkan tomato
  • Masukkan garam dan gula. Rasa sampai puas hati. Siap!!





Ummmph~sedap~ Kome semua nengok gambar je la ye. hihihi.

Next resepi yang daku nak share is the sambal belacan jawa style. Cara penyediaannya memanglah different dengan sambal belacan biasa.

Actually, even daku ada darah keturunan Jawa tapi tak pernah makan sambal belacan style cenggini. Selalu makan sambal belacan yang biasa-biasa sahaja. Selepas berkahwin dengan encik Hafriz baru daku mendalami ilmu penyediaan sambal belacan jawa. Credit to my kakak ipar dan mak mertua. TQ. (^__^). Bcoz i get this from my pemerhatian dan pertanyaan terhadap cara-cara penyediaannya sewaktu majlis sambut menantu tempoh hari ~  

Jom ngetest. (aku ada buat olahan sedikit dengan tambahkan tomato ke dalamnya. hasil mutasi dengan resepi chef ismail gitew)

Sambal Belacan Jawa
Bahan-bahan yang diperlukan:

3 biji lada merah + 5 biji cili api (nak lagi pedas, tambah lagi banyak cili api ye)
1 Biji bawang merah saiz sederhana
Sedikit ikan bilis
Sebiji Tomato saiz sedang-sedang juga. (dipotong 4 ye)
Belacan setengah inci
Garam dan Gula

Cara-caranya:
Panaskan minyak masak ke dalam kuali panas. Then masukkan belacan ke dalam kuali panas itu. Angkat dan ketepikan. Next, masukkan pula ikan bilis, goreng hingga hampir garing. Angkat dan ketepikan. Next masukkan semua lada merah (BUANG BIJINYA ), cili api, bawang merah dan tomato. Gaul-gaul dalam minyak panas sampai layu dan angkat. Last, tumbuk ke semua bahan dalam lesung batu dan tambahkan garam dan gula untuk pelengkap rasa. Siap!!

Nah ni ghuper bahan-bahan yang telah dmasukkan ke dalam minyak panas tadi. Sedia untuk ditumbuk dalam lesung.

Sambal Belacan Jawa Siap. Yuk makan dengan ulam Bendi Celur


Sebelum dihidang dengan nasi panas, kena goreng papadom dulu. Macam senang je ek goreng papadom yang bulat besar itu. Rupanya kena ada skill juga tahu. Bukan macam goreng keropok ikan, kerepek pisang atau keropok lekor ye puan-puan. heeee
Minyak kena betul-betul panas barulah youall kena masukkan papadom selama 3 saat sahaja. Apa? 3 Saat sahaja?. Haihh, perlukan ketangkasan tangan dan jari jemari. Kalau biar lama-lama dalam kuali panas, habislah rentung papadom youalls.


Selesai semua. Jom makan bersama insan tersayang :)


Setakat ini sahaja perkongsian idea menu lunch yang simple daku hari ini. Selamat mencuba ye readers~

Terima kasih daun keladi,
Kalau ada masa singgahlah blog ini lagi ....








4 comments:

  1. Assalamualaikum. hai orang Jawanese! hehe. kita pun lepas kawin baru tahu nk buat sambal belacan cam orang Johor buat. huhu. best2, isteri yang rajin ni bagus. suami nak apa semua boleh layan :)

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam.. hehe..samalah kite.. pas kawin baru tahu buat sambal belacan yg jawa style ni.. before this buat yg biasa je.. :) yerp btol2.. mudah2an kita semua menjadi isteri yg terbaik utk suami..amin :)

    ReplyDelete
  3. waaah mcm nasi kandar la...

    ReplyDelete
  4. hana hadi : ye hanaa..mcm nasi kandar :)

    ReplyDelete

THE HITZ