p

07 June 2013

Saya ada alasan untuk tidak solat.

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam Israk Mikraj (27 Rejab)

Sedih. 

Sebuah dialog yang ku baca di page anak murid / remaja zaman cyber.

"Israk Mikraj tu apa ea"
"Entah tak tahu"

Adakah ini petanda kebanyakan remaja zaman cyber kurang didikan agama?.....Oh NOO...minta dijauhkan daripada anak-anak kita.

Wahai adik-adik, ni cheq nak habaq sat...

Israk Mikraj adalah kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.

  1. Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
  2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
Perjalanan ini berlangsung hanya dalam SATU MALAM.

Sebagai umat Islam, kita kena peka dan hafal tarikh-tarikh penting dalam Kalendar Islam. Bukanlah hanya ambil tahu tarikh Hari Raya Puasa dan Hari Raya Aidiladha sahaja......

Apabila dah hafal peristiwa-peristiwa dalam Kalendar Islam, kita kenalah ambil pengajaran daripadanya. Bukan sekadar hafal dan ucap, Salam Maulidurrasul, Salam Israk Mikraj, Salam Nisfu Syaaban, (Peringatan untuk diriku yang dhoif juga. uhuuukss).

Terdapat BANYAK Pengajaran yang perlu dihayati dalam Peristiwa Israk Mikraj. Peristiwa yang Nabi Muhammad SAW saksikan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan perjalanan beliau ketika naik ke Hadhratul Qudus melalui setiap lapisan langit untuk menemui Allah.

Daku bukanlah ustazah yang boleh menghuraikan setiap perkara yang tersirat itu. Namun daku adalah umat Islam yang sentiasa ingin mencari ilmu dan berkongsi perkara bermanfaat untuk semua. 
Korang bolehlah buat rujukan sendiri dari bacaan yang benar dan sohih, salah satunya adalah artikel yang amat menarik dan lengkap bagi daku yakni artikel di laman web iluvislam.com. KLIK SINI untuk bacaan artikel tersebut. 


Dalam banyak-banyak peristiwa yang boleh diambil pengajaran, salah satu yang ingin daku sentuh di sini adalah berkaitan dengan peristiwa di mana Allah perintahkan dan fardhukan ke atas Nabi Muhammad SAW dan Umat Baginda SAW (kita lah, umat akhir zaman) LIMA PULUH WAKTU SEMBAHYANG ketika baginda menghadap Allah .

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam. 

*****

Ya Allah, Ampunkan kami. Dengan Lima Waktu Solat Sehari Semalam ini pun ada di antara kami yang lalai dan leka. Astaghfirullah.......

Apabila bercakap bab SOLAT, banyak isu yang sering difikirkan.

1. Masa untuk solat

Pelik dan perlu difikirkan.

Jika kita boleh bermain Candy Crash Saga eh! 2 jam, takkan solat 5-15 minit itu pun tidak mampu nak ditunaikan. Jika kita boleh menonton bola sepak di stadium 90 minit atau 120 minit, takkan solat 5-15 minit pun tidak mampu ditunaikan. Jika kita boleh bersukan dan berjogging selama 1 jam, takkan solat 5-15 minit pun tidak mampu ditunaikan. Jika kita boleh menonton cerekarama TV3 berjam-jam, takkan solat 5-15 minit pun tidak boleh ditunaikan.

Allah beri kita masa 24 jam dalam sehari. Kenapa solat 5 waktu dari 24 jam itu kita tidak mampu tunaikan?.......renungkan





2. Banyak sangat alasan untuk tidak solat

Alasan? Jika kita bermusafir sekali pun, Allah telah beri 'HADIAH' kepada kita iaitu dibolehkan untuk Solat Jamak atau Jamak Qasar. 
Jika kita dalam keadaan sakit pun, Allah telah ringankan cara bersolat dengan cara duduk, baring atau dengan menggunakan mata (hanya untuk keadaan tertentu sahaja.)

Janganlah jadi manusia yang banyak alasan untuk tidak menunaikan solat fardhu. 

Wahai temanku, jika mereka boleh solat, kenapa tidak kita?...
Wahai sahabatku, mereka sedang bermusafir dan mereka solat.....bagaimana dengan kita?...

3. Ibu bapa tidak ajar solat

Pelik dan perlu difikirkan.

Kebanyakan ibu bapa rajin menitikberatkan dan rajin mendidik anak-anak mereka BERPUASA. Namun tidak ramai ibu bapa yang mendidik dan mentarbiyah anak mereka untuk SOLAT. Apalah guna jika puasa tapi tak solat?
Percayalah, jika ibu bapa titikberatkan kepada anak bab Solat, secara AUTOMATIKNYA anak akan terdidik sendiri untuk berpuasa dan insyaallah akan terjaga akhlaknya. :)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Insyaallah anak saya dan awak semua akan terdidik seperti ini... :)




Mungkin kita boleh menjadikan pengalaman Wardina Saffiyah mengajar anaknya solat sebagai panduan untuk kita..... Its a good example and sharing you know...



from Wardina's Official FB page

from Wardina's Official FB page




.
"Sembahyang itu tiang agama, sembahyang itu anak kunci segala kebaikan" 
(Riwayat Tabrani)

Jom perbaiki solat fardhu kita dan perbanyakkan solat sunat :)

Moga kita dapat menjadi ibu ayah yang terbaik untuk anak-anak dan menunjukkan contoh yang baik untuk mereka jadikan ikutan.









TQ for reading my entry...

Salam sayang dari HafRizah  :)

See Ya


THE HITZ