p

22 November 2012

Syukur..syukur.. @ Apakah sumbangan kita?

Assalamualaikum warahmatullah
Selamat sejahtera




Mari sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt.
Syukur atas peluang dapat menghirup udara yang telah diberi percuma kepada kita.
Bersyukur atas nikmat kehidupan yang diberikanNya kepada kita untuk hari ini.
Berapa ramai saudara kita yang mati ketika tidurnya?
Tetapi kita, masih lagi bernyawa. Masih lagi diberi kesempatan untuk berjalan atas bumi Allah ini. 


Alhamdulillah. Kita diberi nikmat masih lagi dapat melayar internet, masih lagi dapat minum di kedai kopi, masih lagi dapat menonton televisyen. Terfikirkah kita, saat kita berada dalam kesenangan, apakah sumbangan kita untuk saudara-saudara kita yang berada dalam kesusahan tika ini?... Tidak kiralah samada saudara kita yg susah di Malaysia atau di Palestine dan Gaza.





Persoalannya, apakah sumbangan kita?

Sengaja ingin aku kongsi sebuah kisah untuk dibuat pedoman.

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu:

“Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.?"

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.” 

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan). 

Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”

Pilihlah...nak jadi burung kecil yang berbakti walau sedikit itu...ataupun cicak yang derhaka walaupun sedikit? ...pilihan didepan mata...


Pray for our brothers n sisters in Malaysia.
Pray for our brothers n sisters in Gaza n Palestine. 
Pray for our brothers n sisters around the world.



Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga Allah memberi rahmat kepada anda
^___^



2 comments:

  1. Anonymous10:59 AM

    semoga allah selamatkan palestine dan gaza. amin

    ReplyDelete
  2. anon : amin.. :)

    ReplyDelete

THE HITZ