p
Showing posts with label rumah tangga. Show all posts
Showing posts with label rumah tangga. Show all posts

04 October 2013

Tips untuk Pasangan Hujung Minggu / Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Moga kita sentiasa di bawah lembayung maghfirah dan rahmah Allah swt.

Siapa yang sempat menonton Rancangan Semanis Kurma di TV9 malam tadi? Sila angkat tangan. Hehe. Alhamdulillah. Tajuk yang dibincangkan malam tadi (3/10/2013) amat menarik, malah di Facebook Rancangan Semanis Kurma pon, ramai yang bagi respon. Wahhh! Maknanya memang banyak Pasangan PJJ (Perkahwinan/Pasangan Jarak Jauh) zaman sekarang ni heh.

Hey, hey. Even orang kata ada manisnya duduk jejauh ni, tapi banyak juga cabaran dan dugaan yang dihadapi. Semuanya bergantung kepada diri individu itu. Seperti cerita yang saya kongsikan sebelum ini, dugaan dan cabaran yang Allah beri itu berbeza mengikut individu. Mungkin dugaan anda lain, dugaan saya lain, dugaan dia lain. 





Justeru, izinkan saya berkongsi tips-tips yang sempat disalin dari ustaz dan ustazah dalam Rancangan Semanis Kurma Episod 24. (syukran ya ustaz, ustazah n tetamu-tetamu jemputan )

Petua dan Tips-Tips untuk Pasangan Hujung Minggu / Perkahwinan Jarak Jauh / PJJ

1) Gunakan masa yang ada (bersama) dengan berkualiti. Bermakna, setiap kali berjumpa, kena banyak spend time together-gether, membincangkan hal rumahtangga, bermesra, bercuti, dan segala-gala aktiviti yang manis-manis belaka. Perlulah synchronize kan wishing list suami dengan wishing list isteri.

2) Pentingnya sentuhan suami isteri walau jarak jauh. Dalam keadaan jarak jauh, sentuhlah hati isteri dengan layanan dan tindakan yang sewajarnya kerana lumrah wanita memang agak ber'emosi' apabila berjauhan dengan suami.

3) Sentiasa refresh relationship setiap kali berjumpa. Eg : pergi bercuti mengikut kemampuan dan bagi hadiah walaupun murah.

4) Perlu yakin dengan kesetiaan pasangan masing-masing. Walau jasad jauh , namun itu tidak memisahkan dua hati suami isteri.

5) Fikir semula apa matlamat kita sebagai suami isteri?. Kebahagiaan hidup ini, kita yang tetapkan. Jika kita rasa bahagia dengan duduk sebumbung, itulah bahagianya. Jika kita rasa bahagia duduk berjauhan, itulah bahagianya. Jika tiada lagi rasa bahagia duduk berjauhan, maka ambillah keputusan untuk duduk sebumbung dengan suami. Ps/: Bab yang ni kena fikir masak-masak kerana kalau kita dah kerja gomen ni, perlu difikir banyak kali untuk berhenti kerja dan cari kerja lain. Tambahan lagi dengan status ekonomi sekarang di mana barang-barang semua naik harga. Ye dak? Fikir-fikirkan. Moga ada jalan penyelesaian.

6) Suami isteri harus berani membuat keputusan yang tepat, bijak, dan terbaik demi rumahtangga yang kita bina.





7) Amalkan 7 T :
  • Tahan - Tahan daripada godaan
  • Tabah - Harungi segala dugaan dengan hati yang tabah
  • Teknologi - Gunakan teknologi untuk membina keakraba suami ister. Eg : Whatsapp / Video Call/ Call / Sms / Beli hadiah online dan poskan melalui online kepada suami isteri di hari penting / Beli bunga online dan pos ke suami or isteri secara surprise / Makan sama-sama di hadapan webcam masing-masing.
  • Tunggu - Tunggu pasangan kita dengan sabar
  • Telus - Jujur dengan pasangan dan jangan sembunyikan masalah
  • Tekad - Berazam dan bertekad untuk mempertahankan rumahtangga kita
  • Takdir - Apa juga yang berlaku, kembali semula kepada Allah SWT

8) Andai buntu, mohonlah petunjuk daripada Allah SWT "Setiap kali aku merasa kesusahan dalam menyelesaikan masalah, aku membaca istighfar lebih kurang seribu kali. Sehinggalah Allah memberikan jalan keluar untukku." - Ibnu Taimiyyah.


9) Jika ada pilihan yang lebih baik, pilihlah perkahwinan jarak dekat. Lebih elok duduk sebumbung daripada duduk berbumbung-bumbung. Ps/: Perlu ajukan nasihat ini kepada pihak atasan yang berwajib. hihi


10) Suami isteri bolehlah amalkan Doa Nabi nuh : Surah hud ayat 47 (Doa agar Allah beri kekuatan & kesabaran) dan Doa Nabi Hud : Surah hud ayat 56 (Doa agar Allah beri kepada kita sentiasa mengikut jalan yang lurus dalam kehidupan berumahtangga)


Semoga perkongsian ini berguna untuk semua pasangan suami isteri yang terpisah dek lautan, dek banjaran, dek sungai dan dek gunung ganang. Next, jom sama-sama kita hayati pantun nasihat yang dikongsikan pada akhir rancangan Semanis Kurma.


Pantun nasihat dari Puan Noraini (Kaunselor UIA)

Abang utara dinda selatan,
Rindu kasih bukan sebarang,
Jangan tergoda bisikan syaitan,
Menghasut hati berlaku curang

(Dugaan PJJ : akan terbuka kepada banyaaakk 'dugaan'. Kita perlu ada ketetapan hati dalam menangani isu ini. Nauzubillah)

Rambutan di laman terpatah dahan,
Pohon pauh di tepi paya,
Tetapkan iman yakinkan Tuhan
Biarpun jauh, tetap setia.

Pantun nasihat dari Mohd Hafifi (Kaunselor UIA)

Biarpun jauh jarak, kasih rindu makin semarak,
Biarpun jarang bertemu, mengajar kita erti merindu,
Biarpun tak nampak di mata, mengajar kita erti setia,
Biarpun kita dilanda ujian, mengajar kita erti berkorban,
Biarpun kita rasa pedih, mengajar kita erti sedih,
Biar orang memandang sengsara, mengajar kita erti bahagia,
Biar kita saling percaya, bahagia dan derita adalah kita,
Biarpun sakit setengah mati, itu mengajar yakinkan Illahi,
Percaya pada Tuhan,
Kita hamba diberi ujian.





 Apabila rindu menerpa diri dan sukar diubati, perbanyakkanlah zikir di hati.


Sekian,
Salam Sayang dari HafRizah Official Blog.

Terima kasih kerana sudi membaca.  :)

Wassalam.






25 March 2013

Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Hey uols. lamanya kita tak update blog ni. Guess what. Sekarang sudah tiba musim cuti sekolah. Time cecuti ginilah baru boleh kita update blog. Ini kali lah. haha

Ouhhh, nak tahu tak, minggu terakhir sebelum cuti haritu dah puas daku mengerah segala tenaga yang ada untuk menyelesaikan segala kerja agar daku dapat berehat dengan sepenuh hati. muahaha. Bayangkanlah, sebelum cuti haritu dan selepas cuti ni nanti, tenaga harus digunakan setiap kali hari Sabtu. yabedabeduuu. Sukanya aku sebab boleh berehat hari Ahad sahaja (phewww). Jadi wajiblah daku menghabiskan waktu cuti dengan mengabaikan hal kerja seketika. ~ehemmm~ 

Untuk entry hari ni, seperti tajuk di atas nun, daku ingin share something yang bermanfaat dan memberi ilmu kepada kita semua. Baik yang belum kahwin ataupun yang sudah berkahwin. 

Ingin daku ingatkan perkongsian ini tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati okey darls. Ia hanya sekadar ILMU yang daku suka nak share. I get it from Facebook.




Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri

1) Jangan puji orang luar, jiran tetangga, saudara mara secara berlebihan
Bab yang ni kena jaga-jaga. Be sensitive terhadap perasaan pasangan anda. Anda pun tak suka jika dia memuji orang lain secara berlebihan kan. Jadi jangan lakukan perkara ini kerana ia memang boleh buat pasangan anda makan dalam walaupun mulutnya tersenyum...Lebih baik gunakan kesempatan yang ada untuk memuji pasangan sendiri kerana pujian dari pasangan yang halal bukan sahaja menambahkan bahagia dan mesra rumahtangga malah mendapat ganjaran pahala dari Allah swt..insyaallah :)

2) Hindar meninggikan suara/menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada yang rendah agar tidak mengguriskan hati
Kelihatan si dia seorang yang ayu lagi sopan, tetapi bila tak puas hati dengan pasangan, hilang segala kesopanan dan kesusilaan. Ibarat harimau di hutan disusukan, ikan dalam akuarium rumah mati kelaparan. Aahahaa. (Tiba-tiba feeling feeling peribahasa Karam Singh pula). Elakkan berkasar dengan pasangan anda baik suami mahupun isteri. Bak peringatan dari Ustazah Nor Hafizah Musa
-hadith Rasulullah saw yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Hakim dan al-Tirmidzi.
"JIka ALLAH menginginkan kebaikan kepada penghuni satu rumah, maka DIA akan memasukkan ke dlm rumah tersebut kelembutan".
Justeru, mari kita menilai suasana dlm rumah yg kita diami. Bagaimana akhlak suami isteri, ibu bapa dan anak2, sesama adik beradik, dengan pembantu dan sebagainya. Kelembutan itu lebih dekat dgn kecintaan Allah. Wallahua'lam.-

3) Usah lontarkan kritikan pedas yang mengguris perasaan pasangan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangan pasangan.
Jauhkanlah dari mulut laser sebab lidah ni adalah salah satu faktor terjerumusnya seseorang ke neraka. Kadang-kadang kita tak sedar, hanya dengan sepotong ayat mampu membuat orang terluka sepanjang hayat. Bagaimana jika hanya sepotong ayat kita itu, suami kita tak ampunkan dosa kita? Bagaimana jika hanya dengan sepotong ayat itu isteri kita tak maafkan kita?.

4) Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat di dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama di dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. 
Kejujuran adalah asas kunci kepada kebahagiaan pasangan berumah tangga. Kenapa perlu berbohong jika tidak buat salah? Orang yang banyak melakukan kesalahan sahaja yang suka berbohong kerana ingin menyembunyikan perbuatan salahnya itu. Justeru marilah wahai semua pasangan suami isteri, berkata benarlah dengan pasangan anda insyaallah hidup bertambah berkat dan rahmat :)

5) Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab munasabah. Elak juga dari berjauhan dengan isteri walau isteri sedang haid.
Erk~ wujudkah suami yang tinggalkan isteri tanpa alasan munasabah ni? ouhhh  bahaya sungguh. Boleh mewujudkan fitnah dan boleh mendorong isteri ke arah kemaksiatan jika punya suami yang tinggalkan isteri tanpa alasan munasabah. Bab haid pula, teringat kata-kata seorang ustaz sewaktu daku mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di Bangsar tahun lepas. -Jika isteri dalam keadaan haid pula, buatlah apa cara sekalipun untuk bermesra janji tidak menyentuh bahagian yang keluar darah haid itu. Lagi banyak berpelukan dan bersentuhan, insyaallah lagi banyak rahmat dan kasih sayang Allah limpahkan dalam kehidupan berumahtangga suami isteri-

6) Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah dan betul sepanjang masa.
Setiap orang ada EGO tersendiri. Namun dalam kehidupan berumah tangga, pasangan suami isteri kenalah juga tundukkan ego masing-masing dan jangan hanya mencari kesalahan pasangan. Kena akui dan berpijak di bumi yang nyata, bahawa pasangan kita itu juga adalah seorang manusia yang tak lepas dari dosa. Ringankan mulut dengan ungkapan maaf. Tetapi jangalah pula, lepas dah minta maaf, asyik buat lagi, lepas minta maaf, asyik buat lagi. Sampai ke tua pun tak berubah nanti. ahaakss :P

sumber artikel : 'Keharmonian Rumahtangga dan Keluarga Muslim' dan diolah serba sedikit oleh Misses Hafriz 


Amacam tips rumahtangga kita hari ini?. Daku tiba-tiba mahu fefeeling ingin menjadi motivator seperti Ustazah Siti Nor Bahyah pula. eheemm.. insyaallah insyaallah :)

Semoga segala perkongsianku dapat dijadikan iktibar untuk semua.

Love u olss lah :)

TQ for reading my entry yang serba skema ini :')

see ya.




THE HITZ