p

15 March 2014

Info Ibu Hamil : Masalah tidur semasa mengandung (hamil) dan tips mengatasinya.

Assalamualaikum wbt
Selamat sejahtera

Hye mommies dan bakal mommies semua. Harap semua dalam keadaan sihat. Kandungan saya kini dah masuk lima bulan. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah swt yang telah menciptakan. Sepertimana yang korang tahu, this is my first pregnancy. Yezza. Setelah lebih kurang satu tahun menunggu Positive UPT dan hamil, Allah beri juga rezeki ini. Oh ye, bagi yang tak tahu, UPT tu Urine Pregnancy Test. Semua pasangan yang dah berkahwin mesti tertunggu-tunggu hasil UPT ada 2 garisan kan! Jika UPT test kit anda menunjukkan dua garisan setelah lebih kurang 5-15 minit anda titiskan urin, maknanya anda hamil. 

Apabila first time pregnancy ni, ibu-ibu kena banyakkan membaca ilmu ibu mengandung. Why? Because body kita mengalami banyak perubahan yang kita tak pernah alami sebelum ini. Iyolah, pertama kali mengandung, pertama kali ada satu lagi nyawa dalam diri kita, pertama kali rahim kita nak 'mengembang', pertama kali tulang temulang kita ni nak 'renggang', with all those hormone changes in your body. Ok i mean everything REALLY CHANGE. Heeeee :)



Apabila perut (or rahim actually) makin membesar, baby makin membesar dengan sihat di dalamnya, maka keadaan tidur kita pun mula berubah. Mula rasa kurang selesa nak tidur. Kekadang tu boleh konfius dalam waktu tidur nak mengiring ke kiri, mengiring ke kanan, atau terlentang?. Meniarap je tidak.

FYI apabila seseorang wanita itu hamil, antara masalah-masalah lain yang boleh menganggu tidur adalah :

1) Kekerapan membuang air kecil.

Buah pinggang bekerja keras untuk menapis isipadu darah yang bertambah dan menyebabkan air kencing menjadi lebih banyak. Selain itu saiz bayi dan rahim menekan pundi kencing menyebabkan kita kerap ke bilik air terutamanya pada waktu malam kerana bayi biasa katif di waktu malam.

2) Peningkatan kadar denyutan jantung.

Jantung berdenyut lebih laju ketika hamil kerana terpaksa mengepam lebih darah. Memandangkan bekalan darah disalurkan ke rahim, maka jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk membekalkan darah yang cukup ke seluruh bahagian tubuh. Isipadu darah akan meningkat di antara 30% - 50% sewaktu hamil.

3) Sukar bernafas.
  
Di awal kehamilan, majoriti masalah kesukaran bernafas berpunca daripada hormon kehamilan yang menyebabkan wanita hamil kerap menarik nafas dalam untuk mendapatkan udara. Pernafasan juga menjadi lebih sukar akibat pembesaran saiz rahim yang mengambil lebih banyak ruang sehingga menyebabkan tekanan terhadap diafragm (otot di bahagian bawah paru-paru),

4) Kaki kejang dan sakit belakang

Kesakitan di bahagian kaki dan belakang badan adalah disebabkan oleh berat badan berlebihan yang dialami. Semasa hamil, tubuh menghasilkan hormon yang dikenali sebagai relaxin yang membantu mempersiapkan tubuh untuk proses kelahiran. Salah satu kesan daripada relaxin ialah ia melonggarkan ligamen tubuh menjadikan badan kita kurang stabil dan cenderung mendapat 'kecederaan' terutama di belakang badan.

5) Pedih ulu hati dan sembelit.

Pedih ulu hati berlaku apabila kandungan di dalam perut refluks ke esofagus. Sewaktu hamil, keseluruhan sistem pencernaan berubah lemah dan makanan akan tinggal di dalam perut dan usus untuk tempoh yang lebih lama sehingga ada kalanya menyebabkan pedih ulu hati dan sembelit. Kedua-dua masalah ini akan bertambah-tambah apabila usia kehamilan meningkat kerana rahim menekan perut atau usus besar. 


Oleh itu, wanita hamil digalakkan tidur mengiring. Mengikut kajian, tidur mengiring kiri bagi bakal mommies lah yang terbaik, namun menurut Dr Zubaidi bagi umat Islam, tidur mengiring disebelah kanan digalakkan kerana mengikut sunnah. Berbaring mengiring sebelah kanan di awal tidur adalah sunnah, tetapi mengekalkannya tidaklah sunnah. Jadi untuk keselesaan bolehlah mengiring ke sebelah kanan dan kiriDalam banyak kajian menunjukkan risiko untuk bayi mati dalam rahim bagi yang tidur mengiring adalah rendah. 



Tidur mengiring tidak mengganggu peredaran darah, menyebabkan lebih banyak nutrient dan oksigen dihantar pada bayi dalam rahim. Selain dari mengiring, lipatkan peha dan lutut seperti posisi bayi dan letakkan bantal di antara kedua peha. Bagi yang mengalami sakit belakang, bantal boleh diletakkan di bawah perut di sebelah belakang. Bagi mengurangkan rasa loya dan muntah pula, bolehlah meninggikan bahagian dada dengan meletakkan bantal di bahagian dada.

Biasakan diri tidur mengiring sejak awal usia kehamilan. Elakkan posisi menelentang terutamanya pada fasa akhir kehamilan. Posisi ini perlu dijauhi kerana berat rahim akan menekan tulang belakang, usus, dan kebanyakan salur darah. Ia boleh menyebabkan sakit otot dan hemorrhoid, hingga menyebabkan kita rasa tak selesa sekaligus MENGURANGKAN aliran darah dan oksigen kepada bayi!!! Dangerous you know. 

Tidur terlentang juga boleh menyebabkan tekanan darah rendah dan membuatkan kita pening. Dalam kes-kes tertentu, ia juga boleh meninggikan tekanan darah. Malah tidur terlentang akan membuatkan bakal ibu berdengkur! 

Jadi mommies semua, jom amalkan sunnah tidur mengiring kanan. Tapi kan, ada orang kata kalau masa bakal ibu selesa tidur mengiring ke kiri, baby dalam rahim tu is baby girl. Kalau lebih selesa mengiring kanan, maknanya baby boy. Eh!




TQ for reading my entry.

See ya :)


THE HITZ