p

23 June 2013

Resepi : Ikan Patin Salai Masak Lemak Cili Api Simple

Assalamualaikum wbt
Selamat Sejahtera


Apa khabar semua?.. Diharap kita semua dapat menjaga kesihatan diri memasing dalam kedaan cuaca yang berjerebu sekarang. Mudah-mudahan Allah turunkan hujan ke bumi Malaysia yang panas bagi memulihkan keadaan berjerebu.

“Ya Allah! Berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda.”


Jerebu, jerebu juga. Tugas memasak harus dilaksanakan juga. :)

Almaklum, semalam (besday iols) sudah puas makan di luar. Hari ini kenalah bertugas di dapur semula. yeahhhh.

Resepi yang sukacita ingin ku kongsikan kepada semua adalah Ikan Patin Salai Masak Lemak Cili Api Simple. Kenapa kena ada word simple? Sebab daku tidak masukkan mangga, nenas atau apa-apa buah-buahan lain.

FYI, ekceli daku teringin benar nak makan ikan patin salai masak lemak cili api ni dengan belimbing buluh. Marvellous tau rasa belimbing buluh dalam kuah lemak. Tapi, payahnya nak cari, Allahurabbi. Belum ada rezeki ketemu belimbing buluh. huhu. Sabar-sabar. Maka dengan itu, daku memasak ikan patin salai ni dengan cara yang simple sahaja. (*walaupun hati meronta-ronta nak belimbing buluh, nak belimbing buluh. ohhhh)

Cara nak menyalai ikan ni senang sahaja.
Uols hanya perlu membuang segala isi perut ikan, belahnya kepada dua, macam nak buat ikan kering tu, then smoke it on fire. Bubuh ikan yang telah dibelah kepada dua di atas jaring di mana di bawah jaring tu haruslah tempurung kelapa dijadikan bahan bakar agar keaslian rasa ikan tidak hilang. 

Alahai, tak payah susah-susah sebenarnya. Kalau engkorang nak lagi senang, beli sahaja la yang dah siap. Ekekekee. Encik suami dapatkannya di Temerloh.  Kualiti dan rasa Ikan patin di Temerloh Pahang memang tidak pernah mengecewakan.  #thumbsup



Besar ikan ni. Daku belahnya kepada 4 :)



  • Ikan Patin yang telah disalai
  • 15-20 biji cili api -ditumbuk lumat / blender (jumlah cili ikut kesesuaian kepedasan yang anda minat)
  • 1 inci kunyit hidup -ditumbuk / blender juga bersama cili api
  • 1 batang serai -dititik sahaja
  • 1 keping asam gelugor 
  • 1 helai daun kunyit dihiris
  • 1 atau 2 kotak santan kara (malas nk perah santan. guna santan kara pon sodap)
  • Air 1 cawan
  • Garam dan Gula secukup rasa

Panaskan santan sahaja dalam periuk. Panaskan dengan api kecil hingga santan menggelegak.
Kemudian masukkan cili api dan kunyit yang telah ditumbuk / diblender.
Masukkan serai yang dah dititik.
Masukkan 1 keping asam keping.
Masukkan ikan patin salai.
Masukkan sedikit air ikut kesesuaian
Gaul perlahan. Jangan bagi santan pecah dan jangan bagi isi ikan patin hancur
Masukkan gula dan garam dan lastly masukkan daun kunyit yang dah dihiris tadi
Siap.


Maaflah ye, gambar dari dalam periuk je. kikikii.. Yang penting rasanya delicious hingga menjilat jari yaww.





Jemput makan semua...

TQ for reading my entry...

See ya.


ps:/ Malam ni malam nisfu Syaaban. Jom tingkatkan amalan ~


17 June 2013

Resepi: Sambal Sotong Katak ?

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera


"Sayang, abang bawa balik sotong katak ni...''

''Sotong apa???"

"Sotong Katak"

"Sotong apa???"

"Sotong Katak"

Eh eh, dah macam iklan burung apa? burung murai, nak. Hadoii.

Secara jujurnya, memang pertama kali daku dipertemukan dengan sotong katak secara live gitu. Selalunya, kalau makan di kedai pun, daku tak adalah ambil kisah yang sotong tu dari keturunan sotong mana pun. Sotong ni pun ada banyak keluarga ye. Biasanya daku jumpa live sotong yang cecomel kecil-kecil tu je la.

Persoalan bermain di minda, kenapa perlu bagi nama Katak pada Sotong. Apakah dosa sotong tu. ahaks.

Dan bila daku buka plastik sotong tu, jeng jeng jeng...... Omakkau

Bila diterbalikkan sotong itew memang ada rupa katak der. Ehem ehem ehem. Kembang tekak daku. Macamanalah daku boleh terjebak dalam dunia makanan eksotik ni haaa..chewahhh


nah inilah dia ghuper sotong katak direndam dalam besen. eeek

Mungkin sotong katak agak janggal bagi daku, tetapi member blogger dari Sabah kata yang mereka dah biasa makan sotong katak ni. Diorang just rebus kosong dan makan dengan air asam atau sambal belacan... 

Untuk merealisasikan impian dan keinginan suamiku memakan sotong katak ni kan, aku pun mencuba sedaya upaya untuk buang perasaan geli tau nyah. Masa basuh-basuh sotong ni, puas otak den set ''Ini sotong bukan katak, ini sotong bukan katak, ini katak bukan sotong eh! ini sotong bukan katak'' ...

Tu lah, siapa suruh hangpa bagi nama Sotong Katak kat dia. Tak ada nama lain yang lagi comel ke. kehkehkeh. Semenjak umur daku dah makin tua ni, banyak pula hormon geli daku datang. haha. Akibat geli geleman time pegang sotong katak yang masih belum disiang ni, terpaksalah suami mithali daku tolong buat pembedahan kat sotong ni, dibelah kepada dua. hehehee... TQ husband.

Then, tugas menyiang kulit sotong seterusnya ofkosla daku yang take over. :)


ini adalah tulang sotong katak (cangkerang). macam rupa skateboard ye

sila belah sotong kepada dua camni haaa. buang sekali kulit warna gelap tu kalau korang nak sotongnya putih berseri. hihi

Tips nak bagi daging sotong katak semenanjung Malaysia ni lembut lepas masak adalah uols kena belah dia kepada dua macam dalam gambar. Then, ambil lesung batu, ketuk-ketuk sedikit di seluruh isinya. Jangan ketuk kuat-kuat pula. Nanti hancur jadi sotong blended pula. hewhewhew.

Seterusnya, bolehlah potong ikut sukahati kau lah ye. Daku prefer potong daging sotong katak ni dengan hiris panjang-panjang.


Daging sotong yang dah dihiris. 



Ok then bolehla masak. Jom.

Resepi Sambal sotong katak kita :

Bahan-bahan yang diperlukan ~

1) Sotong 
2) Cili boh (4 sudu besar) atau 15 biji lada kering diblender
3) Bawang merah (4 ulas)
4) Bawang putih (1 ulas)
5) Bawang besar - dipotong bulat (1/2 labu)
6) Setengah inci halia
7) Air asam jawa (sedikit)
8) Garam gula secukup rasa
9) Serai (1 batang)
10) Minyak untuk menumis 


Cara-cara penyediaan ~

Blender atau tumbuk bawang merah, bawang putih, dan halia. Serai dititik sahaja.

Panaskan minyak dan masukkan bawang serta halia yang telah ditumbuk.
Masukkan serai yang telah dititik.
Masukkan lada boh / lada kering(dah blend) dan masak hingga minyak pecah.
Masukkan sotong dan air asam jawa sedikit. 
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap.

ps/ Ada member bagitahu, jangan masak sotong katak ni lama-lama sangat, tapi kalau uols dah tumbuk isi sotong katak ni dengan lesung seperti di atas, rasanya takda masalah. Janganlah masak terlampau lama dan jangan pula terlampau sekejap.



Selamat mencuba =) Rasanya sedap delecious marvellous. 

Rupa-rupanya, ini bukan makanan eksotik.  Uols kena cuba merasakannya. Memang sedap. Rasa sotong tau. hihihiks

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca.

See ya ...



07 June 2013

Saya ada alasan untuk tidak solat.

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam Israk Mikraj (27 Rejab)

Sedih. 

Sebuah dialog yang ku baca di page anak murid / remaja zaman cyber.

"Israk Mikraj tu apa ea"
"Entah tak tahu"

Adakah ini petanda kebanyakan remaja zaman cyber kurang didikan agama?.....Oh NOO...minta dijauhkan daripada anak-anak kita.

Wahai adik-adik, ni cheq nak habaq sat...

Israk Mikraj adalah kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.

  1. Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
  2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
Perjalanan ini berlangsung hanya dalam SATU MALAM.

Sebagai umat Islam, kita kena peka dan hafal tarikh-tarikh penting dalam Kalendar Islam. Bukanlah hanya ambil tahu tarikh Hari Raya Puasa dan Hari Raya Aidiladha sahaja......

Apabila dah hafal peristiwa-peristiwa dalam Kalendar Islam, kita kenalah ambil pengajaran daripadanya. Bukan sekadar hafal dan ucap, Salam Maulidurrasul, Salam Israk Mikraj, Salam Nisfu Syaaban, (Peringatan untuk diriku yang dhoif juga. uhuuukss).

Terdapat BANYAK Pengajaran yang perlu dihayati dalam Peristiwa Israk Mikraj. Peristiwa yang Nabi Muhammad SAW saksikan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan perjalanan beliau ketika naik ke Hadhratul Qudus melalui setiap lapisan langit untuk menemui Allah.

Daku bukanlah ustazah yang boleh menghuraikan setiap perkara yang tersirat itu. Namun daku adalah umat Islam yang sentiasa ingin mencari ilmu dan berkongsi perkara bermanfaat untuk semua. 
Korang bolehlah buat rujukan sendiri dari bacaan yang benar dan sohih, salah satunya adalah artikel yang amat menarik dan lengkap bagi daku yakni artikel di laman web iluvislam.com. KLIK SINI untuk bacaan artikel tersebut. 


Dalam banyak-banyak peristiwa yang boleh diambil pengajaran, salah satu yang ingin daku sentuh di sini adalah berkaitan dengan peristiwa di mana Allah perintahkan dan fardhukan ke atas Nabi Muhammad SAW dan Umat Baginda SAW (kita lah, umat akhir zaman) LIMA PULUH WAKTU SEMBAHYANG ketika baginda menghadap Allah .

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam. 

*****

Ya Allah, Ampunkan kami. Dengan Lima Waktu Solat Sehari Semalam ini pun ada di antara kami yang lalai dan leka. Astaghfirullah.......

Apabila bercakap bab SOLAT, banyak isu yang sering difikirkan.

1. Masa untuk solat

Pelik dan perlu difikirkan.

Jika kita boleh bermain Candy Crash Saga eh! 2 jam, takkan solat 5-15 minit itu pun tidak mampu nak ditunaikan. Jika kita boleh menonton bola sepak di stadium 90 minit atau 120 minit, takkan solat 5-15 minit pun tidak mampu ditunaikan. Jika kita boleh bersukan dan berjogging selama 1 jam, takkan solat 5-15 minit pun tidak mampu ditunaikan. Jika kita boleh menonton cerekarama TV3 berjam-jam, takkan solat 5-15 minit pun tidak boleh ditunaikan.

Allah beri kita masa 24 jam dalam sehari. Kenapa solat 5 waktu dari 24 jam itu kita tidak mampu tunaikan?.......renungkan





2. Banyak sangat alasan untuk tidak solat

Alasan? Jika kita bermusafir sekali pun, Allah telah beri 'HADIAH' kepada kita iaitu dibolehkan untuk Solat Jamak atau Jamak Qasar. 
Jika kita dalam keadaan sakit pun, Allah telah ringankan cara bersolat dengan cara duduk, baring atau dengan menggunakan mata (hanya untuk keadaan tertentu sahaja.)

Janganlah jadi manusia yang banyak alasan untuk tidak menunaikan solat fardhu. 

Wahai temanku, jika mereka boleh solat, kenapa tidak kita?...
Wahai sahabatku, mereka sedang bermusafir dan mereka solat.....bagaimana dengan kita?...

3. Ibu bapa tidak ajar solat

Pelik dan perlu difikirkan.

Kebanyakan ibu bapa rajin menitikberatkan dan rajin mendidik anak-anak mereka BERPUASA. Namun tidak ramai ibu bapa yang mendidik dan mentarbiyah anak mereka untuk SOLAT. Apalah guna jika puasa tapi tak solat?
Percayalah, jika ibu bapa titikberatkan kepada anak bab Solat, secara AUTOMATIKNYA anak akan terdidik sendiri untuk berpuasa dan insyaallah akan terjaga akhlaknya. :)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Insyaallah anak saya dan awak semua akan terdidik seperti ini... :)




Mungkin kita boleh menjadikan pengalaman Wardina Saffiyah mengajar anaknya solat sebagai panduan untuk kita..... Its a good example and sharing you know...



from Wardina's Official FB page

from Wardina's Official FB page




.
"Sembahyang itu tiang agama, sembahyang itu anak kunci segala kebaikan" 
(Riwayat Tabrani)

Jom perbaiki solat fardhu kita dan perbanyakkan solat sunat :)

Moga kita dapat menjadi ibu ayah yang terbaik untuk anak-anak dan menunjukkan contoh yang baik untuk mereka jadikan ikutan.









TQ for reading my entry...

Salam sayang dari HafRizah  :)

See Ya


THE HITZ